'Pingat ini untuk mak.' Berlatih hanya dua kali, Mohd Arman akui kemenangan berkat tolong ibu jual kuih

No Image Caption
A
A
A

SEBAKNYA! Kejayaan atlet para Kedah, Mohd Arman Rosli memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya dalam acara 1,500 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Sarawak meruntun hati ramai.

Masakan tidak, pelari berusia 27 tahun itu mengakui tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum ke Bumi Kenyalang selepas dipilih untuk mewakili negerinya pada saat akhir.

Lebih menyentuh hati, Mohd Arman yang beraksi acara larian jarak sederhana 1,500m kategori T36 (kecacatan fizikal) menyifatkan kemenangannya itu merupakan ‘berkat’ membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak di kampungnya di Sik kerana beliau sebelum itu tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahupun luar negara.

No Image Caption

"Pingat untuk mak, saya tak pernah lari, tak ada pengalaman, berlatih dua kali sahaja sebelum datang sini. Mak kata boleh menang kalau ada rezeki sebab tolong mak, saya tak sangka boleh menang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anak muda itu juga sanggup melupakan cita-citanya sebagai mekanik demi ibunda tercinta.

"Saya nak jadi ‘pomen’ (mekanik) ada sijil belajar, tapi mak seorang jual sarapan pagi, ayah sudah dua tahun meninggal semasa pandemik Covid-19, jadi saya tolong mak jual kuih,” katanya sambil menahan sebak.

Terdahulu, membuat catatan masa 6:16.84 saat (s) meninggalkan atlet Perak, Mahfudz Mahzan (6:26.38s) dan pelari tuan rumah, Mohd Hishamudin Razali (7:02.37s).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang