Air coklat jadi asbab rezeki, wanita ini bermula dari bonet kereta dan kini miliki 'stesen' niaga sendiri

No Image Caption
A
A
A

ZAMAN sekarang, bila sebut pasal kejayaan dalam bisnes, orang tak tengok sangat berapa besar duit yang masuk. Tapi lebih kepada, “apa impak bisnes tu pada orang lain?”

Dan itulah yang cuba dilakukan oleh Saudagaar Asia Sdn. Bhd., syarikat di sebalik jenama air coklat yang makin dikenali iaitu Choco Albab.

Bagi pengasasnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi, apa yang dibina bukan sekadar jualan dalam pek plastik, tapi satu inisiatif yang boleh bantu orang lain cari rezeki, terutama mereka yang tak banyak pilihan dalam keadaan ekonomi sekarang.

Kisah ini tak bermula di pejabat besar atau makmal R&D canggih. Sebaliknya, bermula dari seorang gadis bernama Nur Sabiha, 25 tahun, yang setahun lepas mula jual air coklat dari bonet kereta.

No Image Caption

"Saya memulakan bisnes dari bonet kereta dan membuat hantaran video ke platform Tik Tok serta Instagram, Alhamdulillah tak sangka ianya tular dan membantu meningkatkan perniagaan saya.

“Bermula dari 2 gelas sehari dan kini saya mampu menjual sehingga 30 gelas dengan membuka tempahan dan dihantar ke pejabat-pejabat, kawasan pembinaan dan rumah-rumah.

"Syukur kerana hasil pendapatan ini juga dapat membantu ibu dan mengupah pembantu bagi menjaga anak-anak ketika saya keluar berniaga” jelasnya.

No Image Caption

Usaha wanita itu yang konsisten, walau hujan dan panas berjaya menarik perhatian pihak Saudagaar Asia. Said Saiful nampak sesuatu dalam cara Sabiha berniaga.

Manakan tidaknya, dia punya semangat, kesungguhan dan impian yang boleh dikembangkan.

Daripada situ, lahirlah idea untuk 'menaik taraf' konsep niaga terbuka jadi lebih tersusun dan profesional. Maka wujudlah Choco Albab Joy Station dengan rupa lebih kemas, visual menarik dan kualiti produk yang dijaga.

“Ramai yang nak berniaga, tapi kekangan hidup buat mereka terhenti di niat. Ada yang jaga ibu uzur, ada yang hilang kerja. Bila dengar kisah macam tu, saya tak boleh duduk diam,” kata Said Saiful.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk baharunya, minuman Choco Albab Belgian Mocha. 

Menurutnya lagi, kejayaan produk serbuk minuman Choco Albab Belgian Chocolate sebelum itu yang berjaya menembusi pasaran Asia mendorong pihaknya melancarkan produk terbaharu berkenaan.

JANA PENDAPATAN

Kongsi beliau lagi, selain produk, pihaknya turut membina satu ‘ekosistem’ dari latihan, bahan promosi, hingga kepada bimbingan kepada ejen-ejen yang baru mula berniaga.

“Kami percaya, kalau ejen berjaya, syarikat pun ikut berjaya. Ini bukan sekadar bisnes. Ini perjuangan untuk ubah nasib,” jelas beliau.

No Image Caption

Apa yang lebih menarik, untuk memulakan langkah berniaga pun tidak memerlukan modal besar. RM150 sudah mencukupi. Dari situ, semuanya bergantung kepada usaha dan konsistensi.

Dan ya, memang ada antara mereka yang bermula dari sifar, kini mampu jana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Tapi bagi Said Saiful, bukan angka yang dia banggakan sangat. Yang lebih penting, bila ada orang datang ucap terima kasih kerana peluang kecil yang mereka ambil ini berjaya mengubah hidup sekeluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang