Jadi pesta makanan jalanan terbesar di Malaysia, Bufet Ramadan MAHA Iftar buat pengunjung ‘hilang arah’

A
A
A

BUKAN sekadar selesa dan luas, Bufet Ramadan MAHA Iftar yang dianjurkan Experiment Kitchen dan Mak Kimbong memberikan keterujaan buat pengunjung.

Lebih 200 menu selera Melayu, Barat dan street food yang merupakan pesta makanan jalanan terbesar di Malaysia, ditambah dengan 20 gerai masakan secara langsung akan membuatkan orang ramai 'hilang arah' seketika.

Antara menu yang membuatkan anda terpaksa beratur panjang adalah seperti sotong gergasi bakar, kambing bakar, kepak ayam bakar, pelbagai pasta, masakan Melayu dan seleksi air balang.

MAHA Iftar

MAHA Iftar

Sambil menjamu selera, pengunjung akan didendangkan dengan nyanyian daripada kumpulan nasyid Rabbani, INTEAM dan UNIC.

Baca juga Keunikan sajian autentik Indonesia-Malaysia bikin kecur air liur. Ayam Pop Minang sajian wajib cuba

Ia disusuli dengan tazkirah daripada penceramah seperti Ustaz Syamsul Debat, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan Wan Akashah Wan Abdul Hamid serta ramai lagi.

MAHA Iftar

Baca juga Sup gearbox, Pad Krapow Kung sajian dua negara tambat perhatian. Cef ini juga kongsi rahsia buat sup yang kaw!

MAHA IftarMAHA Iftar Experiment Kitchen & Mak Kimbong

Alamat: Dewan C, MAEPS, Serdang, Selangor

Tarikh: 24 Mac hingga 20 April 2023

Menu signatur: Sotong gergasi bakar, kambing bakar, variasi pasta, masakan Melayu dan kepak bakar

Harga: RM89.90 (dewasa) dan RM49.90 (kanak-kanak)

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca