Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah
Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah
PADA petang itu, sekumpulan model cilik menunjukkan aksi persis model profesional di atas pentas di The Grounds, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Busana daripada jenama popular, POKOKS yang dipakai mereka kelihatan cukup eksklusif.
Meskipun pakaian yang dikenakan ringkas, namun stail mereka yang menggayakan setiap helaian cukup meyakinkan sehinggakan pengasas label berkenaan, Jessica Kim tersenyum simpul.
Pertunjukan fesyen tersebut yang dihadiri SinarPlus itu diadakan dengan kerjasama Bud Organics, sebuah jenama penjagaan kulit dan penjagaan diri organik terkemuka dunia.
Jessica ketika ditemui berkata, kolaboratif di antara dua label itu adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!
"Pada masa sama, produk Buds Organics cukup menekankan kesihatan anak-anak kita. Penggunaan ramuan semula jadi dan sihat untuk kulit sememangnya bertepatan dengan konsep jenama ini yang sentiasa menitikberatkan keselesaan," ujarnya baru-baru ini.
MATERIAL YANG SERASI
Menyentuh mengenai penggunaan fabrik POKOKS, Jessica berkata, mereka menampilkan material yang sesuai dan serasi dengan cuaca di negara ini. Sehubungan itu, kain kapas dan linen menjadi pilihan utama.
"Selain itu, kami turut mengetengahkan gabungan dua material berkenaan dengan fabrik jenis viscose dan rayon. Apa yang saya boleh katakan, ia memang 'sedap' dan menyejukkan apabila dipakai.
"Rekaan yang dipilih walaupun simple, namun tetap bergaya dengan perincian yang menarik perhatian. Harga yang ditawarkan juga mampu milik yang mana boleh dibeli oleh semua orang. Itu antara tujuan dan mesej yang hendak disampaikan POKOKS dalam setiap helaian pakaian yang dikeluarkan," katanya yang turut bertindak sebagai pereka fesyen bagi jenama berkenaan.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
RONA CERIA
Mengulas lanjut, kata Jessica, pakaian kanak-kanak itu juga telah diberi sentuhan moden dan sopan.
Menariknya, setiap daripadanya boleh digayakan dalam pelbagai acara, kehendak dan keperluan si kecil.
Lebih menambat perhatian, potongan fesyen POKOKS bersifat dwifungsi. Sebagai contoh, baju kurung moden daripada mana-mana koleksi boleh digayakan bersama kain ataupun palazo untuk apa sahaja keraian atau sekadar melengkapkan gaya kasual.
Demikian juga dengan baju Melayu yang boleh digayakan bersama jean untuk tampak lebih santai. Jika tidak, jadikan sebagai pelengkap kepada kemeja-T.
Cara tersebut lebih menjimatkan berbanding membeli sepasang pakaian yang hanya untuk digayakan sekali sahaja.
Selain baju kurung dan Melayu, POKOKS turut menawarkan palazo, seluar potongan tirus, blaus ringkas dan set pakaian kasual bagi si cilik yang berusia seawal 10 bulan hingga 12 tahun.
Baca lagi Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda
MEMAHAMI KEMAHUAN IBU BAPA
Mengenai desain corak dan rona, Jessica berkata, pihaknya cenderung dengan warna-warna yang ceria seperti kuning, biru, merah jambu termasuk ungu.
Semasa pementasan itu, beberapa busana yang dibuat sedondon di antara ibu dan anak turut diperlihatkan. Justeru, tidak perlu pening lagi untuk ke butik atau jenama lain lain untuk mencari pakaian yang 'matchy matchy' dengan si kecil.
“Itulah keistimewaan POKOKS, kami memahami kemahuan ibu bapa yang ingin anak-anak sentiasa nampak comel, bebas dan berketerampilan dalam apa jua situasi," katanya.
Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, POKOKS tidak hanya hadir dengan busana untuk si kecil atau padanan dengan ibu dan ayah. Malah, mereka memiliki koleksi untuk bayi, lelaki dan wanita dewasa termasuk pelitup muka serta samping dengan reka bentuk cukup eksklusif.
Ujar Jessica, pihaknya sentiasa berusaha mempertingkat mutu dan kualiti label itu dengan menampilkan idea yang lebih segar, baharu dan kontemporari.
"Kami mahu memastikan produk daripada POKOKS selari dengan cita rasa dan selera pelanggan yang sentiasa berubah.
"Kami juga dalam misi untuk meluaskan pasaran dalam pelbagai kategori produk, selain mahu menembusi cabang pasaran Asia Tenggara," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang