REKA bentuk lebih kompak dan ringan menjadikan model terbaharu, Canon EOS R8 antara pilihan jurufoto profesional yang mahukan bidikan gambar dan video lebih jelas serta berkualiti.

Menurut laman web rasmi jenama itu, kamera bingkai penuh berkenaan menggabungkan ciri video berkuasa tinggi dan rakaman pegun daripada EOS R6 Mark II.

Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, Hunter Zhang berkata, Canon EOS R8 adalah penyelesaian sempurna dalam meningkatkan kualiti konten video.

“Lengkap dengan sistem EOS R profesional dan kamera EOS Cinema, ia juga merupakan fungsi tambahan yang hebat untuk juruvideo dan jurugambar hibrid yang ingin mengembangkan skil kemahiran masing-masing.

canon eos r8

“Pengenalan model terbaharu ini juga mengiktiraf kepentingan videografi dengan ciptaan kandungan yang unik,” kata beliau lagi.

Baca juga Canon perkenal mesin pencetak Cable ID Mk1500

Berikut antara spesifikasi Canon EOS R8:

  • Model paling ringan dengan hanya 461 gram termasuk pek bateri dan kad SD.

canon eos r8

  • Antigoncangan dengan ciri Movie Digital IS yang boleh menstabilkan imej ketika rakaman.
  • Kanta penstabilan imej optik menghasilkan kualiti imej lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Iklan
  • Sensor imej CMOS dengan 24.2 mega piksel menghasilkan rakaman 4K UHD oversample berkualiti tinggi.

canon eos r8

  • EOS R8 menawarkan dua pilihan untuk merakam video julat dinamik tinggi 10-bit 4:2:2 pada paparan HDR.

Baca juga Pencetak yang lebih kompak dan jimat kos, Maxify GX5070 jadi pilihan pejabat moden

  • Sistem EOS iTR AF X boleh mengesan, menjejak dan ‘mengunci’ manusia, haiwan dan kenderaan dengan ciri auto fokus.

canon eos r8

Iklan

Untuk info lanjut, layari https://my.canon/en/consumer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi