Kanser testis paling kerap menerpa orang muda. Ini langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pengesanan awal

medik (10)
medik (10)
A
A
A

JIKA perempuan digalakkan periksa payudara secara berkala sebagai langkah pengesanan awal kanser payudara, lelaki patut periksa buah zakar untuk kesan kemungkinan kanser testis.

Bersempena dengan Hari Lelaki Sedunia yang disambut pada hari ini, Doktor Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil berkongsi tipnya.

Dr Kamarul.

Ujarnya di Facebook, kanser testis adalah penyakit orang muda kerana lazimnya berlaku pada lelaki berumur 15 hingga 45 tahun.

"Sebenarnya, penghidap kanser mempunyai harapan yang cerah untuk pulih, sekiranya kanser dikesan dan dirawat awal," terangnya.

Jadi, bagaimana ingin melakukan pemeriksaan pengesanan awal kanser testis?

Berikut tatacara yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin:

1. Periksa diri sendiri di rumah. Pastikan berada di tempat tertutup seperti dalam bilik air.

2. Seeloknya periksa ketika mandi dengan menggunakan air suam.

"Kalau mandi air sejuk, buah zakar akan mengecut dan sukar hendak periksa," katanya.

3. Periksa buah zakar dengan jari. Buah zakar berbentuk sfera lonjong dan di belakang serta atasnya terdapat salur (tiub) yang dinamakan epididimis.

4. Permukaan buah zakar seharusnya licin kecuali pada bahagian yang terdapat epididimis. Bandingkan antara buah zakar kanan dan kiri.

5. Buah zakar kanan dan kiri kadangkala tidak sama besar atau tidak sama tinggi kedudukannya. Namun, perbezaannya seharusnya tidak begitu ketara.

6. Jika terdapatnya benjolan, bengkak, sakit, kulit menggerutu atau perbezaan terlalu ketara antara buah zakar kanan dan kiri, maka jumpalah doktor segera

"Periksa buah zakar kalian setidak-tidaknya sebulan sekali.

"Jika ada kemusykilan, jangan segan untuk pergi jumpa doktor. Mohon doktor lelaki periksakan," pesannya.

Buat para isteri pula, kalau sayang suami, jangan lupa ingatkan para suami untuk periksa buah zakar mereka.

Ini demi kesihatan mereka sendiri juga.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca