Kasut memicu ketangkasan berlari dengan pantas

A
A
A

JENAMA Asics memang sudah tidak asing dalam membikin kasut sukan bermutu tinggi. Jika diperhatikan, pelari-pelari profesional dunia akan menggunakan jenama itu demi memastikan prestasi mereka berada pada tahap tertinggi.

Baru-baru ini, Asics dengan bangganya melancarkan AW20 Indoor Collection yang direka untuk meningkatkan kelajuan dan ketangkasan dalam pelbagai gaya permainan.

Empat produk utama yang diperkenalkan ialah Court Control FF, Gel-Blade 7, Gel-Rocket 9 dan Upcourt 4.

berlari kasut

Court Control FF

- Terdapat secara eksklusif di Singapura, Malaysia, Thailand dan China sahaja.

- Memberi pengalaman bermain badminton dengan baik.

Gel-Blade 7

- Gel-Blade 7 direka untuk pemain badminton yang memerlukan kasut ringan bagi memudahkan pergerakan ke seluruh sudut gelanggang. Ia juga memberi kestabilan, keselesaan dan perlindungan kepada pemakai.

Gel-Rocket 9

- Membantu mengurangkan tekanan pada kaki dalam setiap langkah.

Upcourt 4

- Mempunyai pelbagai pilihan warna.

- Upcourt 4 direka untuk memberi fleksibiliti yang sangat baik bagi pergerakan pelbagai arah dan pengudaraan yang selesa. Kasut ini juga sangat ringan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca