Kediaman lebih terserlah, berseri-seri dan lebih 'ong' dengan adanya elemen-elemen ini.

A
A
A

Variasi pilihan deko kediaman bertemakan Tahun Baru Cina. Mana satu jadi pilihan

SETIAP kali menghampiri sambutan perayaan, dekorasi kediaman antara hal yang seronok untuk dilakukan, selain membeli-belah pakaian baharu.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada Selasa depan dan meraikan kebebasan selepas 'terkurung' akibat Perintah Kawalan Pergerakan, masyarakat Tionghoa nampaknya semakin ligat berbelanja.

Sinonim dengan tradisi bertemakan warna merah dan berdasarkan kalender Lunar, tahun ini merupakan Tahun Harimau, perhiasan yang berkaitan dengannya kini menjual secara meluas sama ada di kedai-kedai mahupun di pusat beli-belah.

 

Baca juga:Hangatkan Tahun Baharu Cina dengan melawat Regal Kingdom of Spring temui juga harimau bersalut emas 

 

Okey, sebagai reminder, berikut SinarPlus ketengahkan kelengkapan dekorasi yang boleh diterapkan di kediaman anda bagi memeriahkan sambutan perayaan kali ini:

1. Tanglung

 

Tanglung berwarna merah dengan perayaan Tahun Baharu Cina bagai tidak boleh dipisahkan. Menerusi perkongsian Liputan6, menggantungkan tanglung di hadapan rumah dapat membuang nasib buruk.

2. Perhiasan

Sudah menjadi kebiasaan apabila setiap kali menyambut Tahun Baharu Cina, melekatkan pelekat berwarna merah dengan corak haiwan dan tananam adalah perkara yang perlu dilakukan.

Pada kebiasaannya, kertas yang digunting perlu menggambarkan nasib baik seperti buah delima, pic, itik dan lain-lain.

3. Hiasan gantung

Perhiasan gantung yang disertakan dengan ucapan kata-kata positif sempena kedatangan Tahun Baharu Cina sering menjadi pilihan.

Menurut kepercayaan, tulisan karakter Fu yang membawa maksud keuntungan ditulis dengan warna merah akan digantungkan secara terbalik.

Cara tersebut dikatakan membawa maksud agar keuntungan yang melimpah ruah kepada pemilih rumah.

4. Pokok limau

Pokok bauh limau berona jingga antara yang menjadi pilihan untuk berhiasan di rumah. Tumbuhan sebegini menjadi pilihan masyarakat China di kawasan Hong Kong, Macau, Guangdong dan Guangxi.

Bagi mencantikkan lagi pokok tersebut, sampul wang berwarna merah akan diletakkan sebagai hiasan.

5. Bunga-bungaan

Tumbuhan plastik atau segar menjadi pilihan sebagai hiasan pada setiap kali sambutan perayaan masyarakat Tionghoa.

Beberapa pilihan bunga seperti anggerik, peony dan plum akan menjadi pilihan.

Pun demikian, hal yang paling utama bukan disebabkan baju baharu, keenakkan hidangan atau duit angpaw, tetapi keseronokan menyambut perayaan adalah dengan kehadiran ahli keluarga dan insan tersayang.

Apa-apapun, SinarPlus ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang membaca artikel ini. Semoga keriangan sentiasa mengiringi anda sentiasa.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca