Kek Buah Syurga Hati hadiah untuk mak tersayang sempena Hari Ibu. Kalau buat sendiri, lagi best

Kek Buah Syurga Hati hadiah untuk mak tersayang sempena Hari Ibu. Kalau buat sendiri, lagi best

SEMPENA Hari Ibu yang bakal disambut pada Ahad ini, pasti ramai yang sudah terfikir bagaimana nak raikan mama, mummy atau apa sahaja gelaran yang anda panggil.

Selain rancang nak beri hadiah atau bawa makan di restoran atau hotel, apa kata kali ini kita lakukan kelainan.

Tidak perlu sediakan hidangan yang mewah, menu simple pun sudah boleh menggembirakan mereka.

Air tangan anak sendiri, mestilah lebih istimewa, kan…

 Kali ini, SinarPlus ingin berkongsi satu resipi pemanis mulut ‘orang lama’ iaitu Kek Buah Syurga Hati hasil perkongsian seorang pengguna Facebook dengan username, Dapur Pak De Nashruddin.

Iklan
Iklan

Ujar sumber itu, sajian tersebut adalah daripada arwah ibunya.

Paling SinarPlus suka, beliau beri sukatan dalam cawan. Jadi, tak perlulah nak timbang-timbang bagai.

Baca juga: Raikan Hari Ibu bersama tersayang, 4 destinasi menarik saji hidangan special area KL, Selangor

Baca juga: Rancakkan Hari Ibu dengan pilihan hadiah menarik, grab promosi istimewa untuk penjimatan berganda

Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:

Bahan 1
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan 2
8 biji telur
1 cawan gula
Esen vanilla
1 sudu kecil overlate

Baca juga: [VIDEO] Sejuk perut mengandung, wanita tersentuh anak 9 tahun hadiahkan cincin emas Hari Ibu

Bahan 3
1 ½ cawan marjerin atau mentega dikacau di dalam bekas sehingga lembut

Bahan 4
2 cawan gula dimasak hingga bertukar warna perang

Bahan 5
Sedikit susu pekat
Garam
1/2 cawan minyak masak

Bahan 6
2 kotak kecil buah-buahan campuran

Cara penyediaan: 

1. Ayak semua bahan 1 ke dalam bekas.
2. Pukul semua bahan 2 hingga kembang dan masukkan bahan 1. Gaul rata.
3. Seterusnya, masukkan bahan 3 dan bahan 5.
4. Kemudian masukkan pula bahan 4 dan gaulkan dengan segera kerana air gula masih panas.
5. Akhir sekali masukkan bahan 6 iaitu buah-buahan campuran dan gaul rata.
6. Pindahkan ke dalam loyang dan taburkan sedikit buah di atas adunan sebagai hiasan.
7. Kukus selama dua jam atau sehingga masak.
8. Sedia untuk dihidang.

Baca juga: Istimewa Hari Ibu, Am’ma ketengah naskhah menusuk kalbu

Baca juga: Jangan lepaskan promosi menarik Eat Cake Today sepanjang Ramadan dan Hari Ibu

Stepnya nampak banyak, tapi sebenarnya cara nak buat senang jer.

Macam menarik, kan resipi berkenaan. Mungkin anda boleh hidangkan sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau makan malam.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
nurul.shahamah

Published by
nurul.shahamah

Recent Posts

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

3 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

3 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

4 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

4 hours ago

Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin…

6 hours ago

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

8 hours ago