Kemewahan Audi RS Q8 bikin sesiapa terpesona. Capai rekod kelajuan tertinggi, disokong dengan sistem hibrid

PHS Automotive Malaysia baru-baru ini memberi saingan buat segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan dengan penambahan koleksi varian terbaharu, Audi RS Q8.

Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, model SUV tersebut ditawarkan pada harga RM1.69 juta dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun.

“Selain hadir dengan 4.0 liter turbo kembar V8 yang menghasilkan kuasa 600PS pada 6,000rpm dan tork 800Nm, jentera mewah tersebut mampu memecut hingga 100 kilometer (km) perjam dalam tempoh 3.8 saat.

Iklan
Iklan

“Kelebihan itu menjadikan ia jentera SUV Audi pertama yang berjaya mencapai rekod kelajuan tertinggi 3.5km perjam, selain sistem bateri litium-ion padat yang memberi penjimatan hingga 0.8 liter per 100km,” kata jenama tersebut.

Jentera berkuasa tinggi berkenaan juga disokong sistem hibrid ringan 48 voltan dan turut menawarkan bantuan tepi jalan selama lima tahun, ditambah dengan penyelenggaran percuma dalam tempoh tiga tahun.

Baca juga SUV mewah kalis peluru bernilai RM1 juta, rekaan jentera kebal terbaharu Rezvani buat ramai terpukau

Berikut spesifikasi Audi RS Q8:

  • Dilengkapi tempat duduk hadapan dengan fungsi elektrik 12 hala dengan sokongan lumbar dan fungsi memori.
  • Ciri pelindungan matahari elektrik untuk tingkap belakang dan bumbung matahari.

  • Sistem kawalan pelayaran adaptif, lapan beg udara, amaran pertukaran lorong, amaran pelepasan lorong, bantuan trafik silang hadapan dan pemantauan pandangan 360 darjah.
  • Memiliki paparan RS di kokpit maya dan skrin grafik RS untuk pemeriksaan tekanan tayar, pusingan termasuk petunjuk anjakan gear bersepadu.

Baca juga Model SUV paling dinantikan tahun 2022, pilihan nombor 1 memang power

  • Lapan mod pemanduan termasuk automatik, dinamik, kecekapan, keselesaan, allroad, offroad, dua mod iaitu RS1 dan RS2.

  • Sistem pemilihan pemacu membantu mengawal tindak balas enjin dan transmisi, suspensi udara dan tetapan stereng pada semua roda.
  • Tempat duduk dengan fungsi pengudaraan dan urutan bersama kemasan kulit Nappa.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.audi.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

11 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

12 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

12 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

15 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

17 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

18 hours ago