LIMA pancaindera manusia iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan tangan dapat membantu tumbesaran pemikiran seseorang.

Pastinya lima anggota tubuh badan itu perlu dijaga rapi kerana ingin terus berfungsi sehingga kita lanjut usia.

Namun, bagaimana jika salah satu daripadanya mula mempamerkan tanda-tanda awal gangguan kesihatan?

 

Baca juga: Pesakit diabetes kena dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa elak risiko koma sawan dan pengsan

Baca juga: Selalu kejang otot selepas bersenam ini sebab dan cara atasinya dengan mudah

 

Salah satunya mata. Mata penting buat kita untuk melihat.

Namun, mata juga tidak terlepas daripada mengalami masalah kesihatan yang sama seperti dihidapi oleh tubuh badan.

Justeru, berikut merupakan tanda-tada awal terkaitnya masalah kesihatan mata menurut CNN Indonesia.

1. Kedutan

Pertumbuhan kedutan yang berterusan pada bahagian mata menandakan seseorang itu mengalami stres atau tertekan.

Keadaan ini akan membuatkan seseorang mudah berasa bimbang dan gundah.

Bagaimanapun, menariknya ia merupakan isyarat mudah untuk anda mengetahui bahawa tubuh badan sedang memerlukan rehat yang cukup.

2. Cincin putih

Cuba luangkan masa untuk perhatian keadaan mata seketika.

Sekiranya wujud bentuk seperti lingkaran atau cincin putih pada iris atau bola mata, itu menandakan anda mempunyai masalh kolesterol tinggi.

Ia juga antara tanda-tanda keradangan mata.

Situasi ini turut akan membuatkan ada terdedah kepada risiko serangan jantung. Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga!

3. Radang mata

Tekanan darah tinggi yang tidak diatasi dengan baik akan mengakibatkan kerosakan pada bahagian pembuluh darah.

Iklan

Situasi ini ini dikenali sebagai retinopati hipertensi.

Antara tanda-tanda awal adalah mata terasa sakit, penglihatan kabur dan kepala pening.

4. Bintik kecil

Situasi kehadiran seperti melihat bintik kecil atau dipanggil eye floters satu perkara biasa yang berlaku.

Biarpun begitu, ia perlu diatasi dengan serius dan tidak boleh dipandang remah.

Hal ini kerana secara perlahan-lahan, jumlah bintik kecil akan bertambah dan akan mengganggu penglihatan.

5. Warna kuning

Iklan

Kekuningan pada bahagian mata merupakan tanda-tanda berlakunya banyak bilirubin atau senyawa kuning disebabkan pemecahan sel darah merah dalam badan.

Perkara ini terkait rapat dengan masalah kesihatan hati.

Jika organ tersebut mengalami gangguan kesihatan, ia akan mengakibatkan bilirubin semakin bertambah.

Oleh itu, cuba dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar bagi mengubati perkara ini.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI