Kesan lambat tapi berat turun, tak perlu tahan makan, ini cara diet setahun hilang 40kg

SUDAH menjadi lumrah setiap manusia terutamanya golongan wanita inginkan tubuh badan yang sihat, langsing dan menawan.

Namun itu bukanlah satu perkara senang kerana mengamalkan gaya hidup sihat tidak semudah yang disangka.

Ramai yang telah mencuba mengurangkan berat badan dengan mengikut pelbagai teknik dan kaedah namun hasilnya tetap hampa.

Malah, ada yang sudah mencapai berat ideal tetapi naik semula akibat tidak mampu meneruskan diet yang ketat selain memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

Jadi bagi kembalikan semangat diet, jom ikut tip diet sihat ini. Setahun berjaya turun 40kg, biarlah lambat asalkan selamat kan?

Baca juga 30kg turun, rahsia diet 6 bulan, dulu dihina anak gajah

kunci rahang nak kurus
Gambar fail.

DIET SIHAT BERJAYA TURUN 40KG SETAHUN, INI 5 TIP PENTING

Tukar lima kebiasaan ini untuk kurangkan 25,914 kalori dalam 30 hari, 3.36kg sebulan, 40.38kg setahun.

1. Tukar kebiasaan minum air.

Segelas teh tarik ada 229 kalori. Dari 2 kali sehari air manis kurangkan jadi sekali sahaja.

Latih diri minum air kosong. 229 kalori x 30 hari = jimat 6870 kalori sebulan.

2. Tukar kebiasaan saiz portion.

Biasa makan nasi putih sepinggan penuh, kecilkan jadi 1 mangkuk cina atau 2 senduk rata.

Sebelum ni sekali makan nasi 450 kalori jadi 220 kalori sahaja. Kurang 230 sehari.

230 kalori x 30 hari = jimat 6900 kalori sebulan.

3. Tukar jenis masakan.

Makanan yang deep fried akan gandakan kalori. Seketul ayam goreng 127gram ada 305 kalori.

Pilih ayam bakar 100gram baru 150 kalori. Kurang 150 kalori sehari.

150 kalori x 30 hari = jimat 4500 kalori sebulan.

Baca juga Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

Rajinkan diri makan ulam-ulaman.. ini 8 jenis ulam popular, rugi tak cuba

4. Tukar kepada ulam-ulaman.

Biasa lunch makan sayur yang dimasak bergoreng atau gulai, tukar ambil ulam.

Anggaran sayur goreng ikan masin 170 kalori. Secawan ulam raja baru 6 kalori. Jimat 164 kalori sehari.

Iklan

164 kalori x 30 hari = jimat 4920 kalori sebulan.

5. Tukar kemahuan kepada sekadar merasa.

Ini cabaran terbesar nak kurangkan berat badan, namum ia berbaloi dibuat.

Biasa makan dessert, kek, aiskrim, benda manis dua kali seminggu, kawal kepada dua kali sahaja sebulan.

Ambil contoh 1 slice kek coklat indulgance ada 454 kalori.

Maka: 454 kalori x kurangkan 6 hari = jimat 2724 kalori sebulan.

Sekarang mari kira berapa jumlah kalori kita dapat kurang dan jimat dalam 1 bulan.

  • Air manis = 6870 kalori.
  • Kecilkan portion nasi = 4500 kalori.
  • Kurangkan lauk bergoreng = 4500 kalori.
  • Tukar kepada ulam = 4920 kalori.
  • Kurangkan dessert 6 hari = 2724 kalori
diet sayur
Gambar fail.

Total sebulan ialah 25914 kalori sebulan. Bersamaan 310,968 kalori setahun.

Jika kalian nak tukarkan kepada berat lemak badan, kiraannya begini. 1kg berat lemak badan bersamaan 7700 kalori.

Iklan

Maka: 25914 kalori / 7700 kalori = 3.36 kg sebulan atau 40.3kg setahun.

Tak perlu berlapar atau buang apa-apa. Cukup kurangkan dan tukar kebiasaan sendiri.

Campur dengan bakar kalori melalui senaman, boleh bantu kurangkan 4-5kg sebulan. 5kg x 12 bulan = 60kg dalam setahun.

Asasnya tahu bagaimana nak lakukan, faham konsep masuk kalori dan konsisten. Ia bermula dengan perlu cari ilmu.

Semoga berjaya menurunkan berat badan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.