Bakal menamatkan pelajaran dalam tempoh tiga bulan, Leona luah rasa sebak terkenang arwah datuk. ‘Dia orang pertama mengalu-alukan kedatangan saya di UK.’

No Image Caption
A
A
A



Sebelum ini sering tampil dengan video bersahaja yang mencuit hati pengikutnya, namun baru-baru ini pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, tidak dapat menahan kesedihannya apabila mengenangkan arwah datuknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona meluahkan rasa sedih kerana datuknya, Datuk Pahamin Rajab, tidak berpeluang melihat kejayaannya sekali gus menghadiri majlis graduasinya nanti.

“Saya tidak berhenti menangis selepas solat Isyak tiga jam yang lalu.

“Saya memikirkan tentang datuk dan ia membuatkan saya sangat sedih kerana arwah tiada lagi di sini.

No Image Caption



“Saya juga akan menamatkan pengajian dalam tempoh tiga bulan dan ia tidak terasa nyata.

“Datuk orang pertama yang mengalu-alukan kedatangan saya apabila sampai di sini pada tahun pertama dan dia tidak akan berada di majlis graduasi nanti,” kata Leona.

Dalam video yang sama, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut berkongsi kenangan bersama arwah datuknya, yang mana setiap tahun pada hari kelahirannya, beliau akan menerima kad hari lahir daripada datuk dan neneknya.

No Image Caption



“Setiap tahun saya mesti dapat kad hari lahir hasil tulisan datuk dan nenek tetapi kini saya hanya akan menerima satu kad sahaja, iaitu daripada nenek.

“Saya sangat merindui datuk saya. Saya tidak tahu bagaimana orang menangani kesedihan kerana beberapa hari saya baik-baik saja, tetapi apabila saya memikirkannya, saya tidak boleh percaya bahawa dia sudah tiada di sini lagi.

“Saya perlu meneruskan hidup tanpa dia di sana. Dia tidak akan berada di majlis perkahwinan saya dan dia tidak akan berada di sana lagi untuk mendengar cerita saya,” tambah Leona.

Untuk pengetahuan, Pahamin dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK) pada Julai 2023.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang