Bawa pusing dewan kahwin, angan-angan Irma Hasmie naik pelamin bikin warganet terhibur. 'Cepatlah jadi kenyataan, skrip dah ada ni!
TIADA angin tiada ribut, tahu-tahu muat naik video atas pelamin! Itulah perkongsian pelakon dan pengacara, Irma Hasmie yang berjaya mencuri perhatian pengikutnya ketika sedang mempromosikan dewan perkahwinan di akaun media sosial beliau baru-baru ini.
Lakonan bersahaja oleh ibu tunggal kepada dua orang anak itu sebagai pengantin perempuan dengan ekspresi wajah penuh emosi, membuatkan ramai yang menontonnya terhibur.

“Terpaling berangan, dah gigih rupa-rupanya majlis orang lain.
“Okey lah, saya nak pergi bertenang dulu. Lama tak berlakon kannn.. Kira okey jadi tak?” tulis Irma di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai warganet ‘menyerang’ perkongsian wanita berwajah lembut itu kerana masing-masing menyangka Irma benar-benar bakal mendirikan rumah tangga.
“Masya-ALLAH, suka tengok wajah Irma cantik dan tenang. Semoga berjodoh sekali lagi dalam masa terdekat, insya-ALLAH"
“Tak apa Irma, berangan tu percuma. Insya-ALLAH, ALLAH akan pertemukan dengan jodoh yang soleh. Aamiin.”
“Okey… cepatlah jadi kenyataan.Skrip dah ada ni!”
Sekadar info, Irma telah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pada tahun 2023, media melaporkan bahawa perkahwinan pasangan itu sudah berakhir.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
