Kanak-kanak 12 tahun maut motosikal terbabas, keluarga enggan hantar ke hospital. ' Meninggal ketika berehat, alami kecederaan perut'
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Johor Bahru, 9 malam Isnin lalu, selepas terlibat dalam kemalangan motosikal yang mengakibatkan kecederaan dalaman pada perut.
Difahamkan, keluarganya memilih untuk merawatnya di rumah, sebelum murid Tahun Enam itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam ketika sedang berehat.
Murid Tahun Enam itu terdahulu terbabit dalam nahas di Jalan Get dekat Paloh.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu diketahui selepas bapanya membuat laporan polis petang Selasa.
Berkongsi kronologi kemalangan yang dipetik dari laporan yang dikemukakan, bapa kanak-kanak berkenaan memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit sebelum terlibat dalam kemalangan ketika keluar rumah menuju ke sebuah kedai di Jalan Get, Paloh.
"Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.
"Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan.
"Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang.
"Mangsa kemudian dibawa ke klinik swasta di Gelang Patah untuk terima rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya membawa mangsa pulang ke rumah," katanya.
Susulan itu, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis juga menasihati orang ramai agar berhati-hati dan bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Kluang di talian 07-778 4222.
Sumber: Berita Harian, Polis Kluang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

