Kerepek daripada biji durian, pelik tapi sedap rasanya! 

No Image Caption
A
A
A

Jika sebelum ini pernah tular orang makan kulit durian, kali ini bijinya pula boleh dimakan! Malah, dijadikan kerepek pula.

Meskipun agak janggal bunyinya, tetapi sebenarnya snek ini sangat popular di negara seberang kita, Thailand.

Bagi yang tertanya-tanya, agak-agak apa rupa kerepek biji durian tu, ye? Sedap ke tidak? Boleh ikut resipi seorang pengguna laman Facebook, Kak Jay yang berkongsikan cara-caranya. Jadi, yang berniat nak beli durian ke, ada buat frozen tu boleh lah cuba!

Cara buat kerepek biji durian

1. Biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya kita senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

No Image Caption



2. Selepas dibersihkan kulitnya, jemurkan biji-biji tadi supaya kering sedikit. Kalau tak tunggu kering, biji durian ini akan rasa berlendir. Jadi, kalau licin susah pula nak dipegang dan disagat.

No Image Caption



3. Selepas dibersihkan bijinya, kemudian gunakan penyagat untuk dapatkan kepingan halus. Kalau tak ada, boleh juga gunakan ‘peeler’ yang selalu buat buang kulit epal tu. Ini contoh biji durian yang telah disagat.

No Image Caption



4. Selepas siap disagat, bolehlah kita menggoreng sampai kekuningan dalam minyak panas. Agak-agak warna putih tadi dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan minyak berlebihan.

No Image Caption



5. Untuk menyedapkan rasanya, bolehlah tambah sedikit garam dan digaul-gaul. Kalau minat dengan perasa lain, bolehlah cuba juga. Perasa kari ke, perasa sambal ke. Ikutlah kreativiti dan tekak masing-masing, ya.

Lepas ni rasa sayang beli durian mahal-mahal, selain dari makan isinya boleh simpan bijinya cuba buat kerepek macam ni juga. Barulah berbaloi, kan? Jangan lupa untuk mencuba ya!

Sumber : kak Jayy via Siraplimau

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang