Menteri Besar N9 teruja jadi datuk, masa rehat sidang DUN bergegas tengok cucu

No Image Caption
A
A
A

KELAHIRAN seorang cucu sering menjadi detik bermakna dalam kehidupan sesiapa sahaja, walaupun lagi bagi seorang pemimpin yang sarat dengan jadual tugas rasmi. 

Begitulah yang dilalui Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Harun, apabila menerima khabar gembira kelahiran cucu sulungnya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang berlangsung.

Khabar gembira itu hadir pada hari yang sudah pun penuh dengan tugasan rasmi, menjadikan momen tersebut lebih bererti buat beliau sekeluarga.

"Hari yang sibuk, terima pula cucu pertama.  Sedang saya bersidang di Dewan Undangan Negeri, saya mendapat pengkhabaran lahirnya cucu pertama saya," kongsinya yang turut memuat naik foto bersama isteri tercinta, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof .

 

Sebaik sahaja berhenti rehat, beliau bergegas ke hospital untuk menatap wajah cucu perempuan yang baharu menjengah dunia. Tanggal 8 Disember disifatkan sebagai tarikh bersejarah.

"Masa rehat persidangan dun, saya terus bergegas ke hospital untuk menatap wajah cucu pertama saya. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cucu perempuan. Tarikh bersejarah ini telah menjadikan saya dan isteri sebagai seorang datuk dan nenek," kongsinya.

Menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Menteri Besar Negeri Sembilan kelapan itu mendoakan agar cucu kecil itu membesar dengan sihat.

Artikel Berkaitan:

"Tiada perkataan yang boleh diungkapkan melainkan rasa syukur dengan kalimah tahmid - Alhamdulillah atas anugerah ini. 

"Semoga anak kecil ini membesar dengan sihat dan menjadi penyambung legasi perjuangan ini," kongsinya.

Hantaran Facebook Aminuddin menerima lebih 6,000 reaksi daripada warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah mendoakan si kecil membesar dengan sihat.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang