PU Syed tegur individu jadikan neraka bahan konten. 'Seolah-olah tempat yang nyaman. Hakikatnya, sangat terperit azab'

No Image Caption
A
A
A

NERAKA dan syurga merupakan dua tempat pembalasan yang dijanjikan ALLAH kepada manusia di akhirat kelak. Syurga digambarkan sebagai tempat penuh kenikmatan, balasan untuk hamba-NYA yang taat dan beriman.

Manakala neraka pula ialah tempat azab dan siksaan yang amat dahsyat bagi mereka yang ingkar dan derhaka terhadap perintah ALLAH.

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan seorang individu dari Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan kandungan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam dan menegaskan bahawa neraka bukan sesuatu yang boleh dipermainkan.

"Ada seorang individu dari negara seberang (Indonesia) melakukan kandungan konon-konon berada di dalam neraka.

"Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam neraka.

"Kita sebagai umat perlu mohon kepada ALLAH, elakkan diri daripada dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat kandungan sedemikian.

"Dia juga seakan menyatakan neraka seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya. Hakikatnya, neraka adalah tempat yang sangat terperit azabnya," katanya.

No Image Caption



PU Syed turut menggesa agar pihak berkuasa di Indonesia mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan, memandangkan kandungan yang dimuat naik boleh mengelirukan masyarakat.

"Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras, berikan rawatan kepadanya.

"Jika dia orang Islam, kenakan tindakan kerana telah menghina kitab ALLAH dan jika dia kafir, tunggulah azab ALLAH yang sebenar-benarnya," tambahnya lagi.

No Image Caption



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang