'Saya bimbang dia tak pulang...' Wanita m@ut lepas COD makanan, mayat dibuang tepi sungai, suspek dipercayai pelanggan & miliki rekod jenayah lampau

No Image Caption
A
A
A

TERGAMAK membunuh dan membuang mayat di tepi sungai.

Gempar di media sosial apabila mayat seorang wanita yang merupakan peniaga makanan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam.

Difahamkan mangsa, Norshamira Zainal, 37, yang menjalankan urus niaga hantaran (COD) makanan disedari tidak pulang ke rumah oleh suaminya, Mohammad Afiq Akhmal Nudin,31, selepas keluar menghantar barangan pada jam 6 petang.

Pada awalnya, beliau tidak syak apa-apa kerana memang sudah menjadi rutin isterinya keluar menghantar tempahan pelanggan.

Sementelah, kali terakhir berjumpa dengannya, isteri ada beritahu akan pulang lewat selepas urusan kerja.

"Saya hanya sedari dia tidak pulang kira-kira jam 5 pagi hari berikutnya sebelum keluar mencarinya.

"Kebiasaannya, bila saya sampai rumah di Sungai Soi dari tempat kerja di Indera Mahkota, dia pula akan keluar hantar tempahan dan pulang pada hari yang sama.

"Namun kali ini, saya bimbang dia tidak pulang seperti biasa lalu segera keluar mencarinya.

“Berdasarkan penemuan, kereta dipandu isteri berada di lokasi berhampiran jambatan Tanjung Lumpur maka kami mencari di lokasi itu," katanya.

No Image Caption

Dengan bantuan rakan, mangsa berjaya ditemui namun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Jumaat.

Menurutnya, jenazah isterinya itu akan dikebumikan di kampung halamannya di Felda Keratong 9, Rompin.

No Image Caption

Perkembangan terbaharu, polis telah pun mengenal pasti suspek. Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan objek keras sebelum mayatnya diletakkan di tepi Sungai Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada masa ini polis sedang giat mengesan suspek yang merupakan lelaki berusia 37 tahun.

“Suspek sudah dikenal pasti iaitu lelaki berumur 37 tahun dan suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, kita masih mengesan suspek.

“Suspek tiada hubungan dengan mangsa (tidak mengenali antara satu sama lain) dan cuma mangsa ada membuat pertemuan dengan suspek yang ada memesan barangan jualan mangsa,” katanya.

Menurut Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat hari ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang