Trend tambah gambar 'anak' guna AI latar belakang lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain baru tahu perjuangan pasangan TTC!

No Image Caption
A
A
A

BERGAMBAR bersama keluarga menjadi acara wajib setiap tahun, terutamanya ketika musim perayaan.

Seiring kemajuan teknologi masa kini, ramai mengambil kesempatan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah gambar mereka menjadi lebih menarik, antaranya dalam bentuk karakter kartun pilihan.

Namun begitu, ada pula yang tampil lebih kreatif dengan menggabungkan gambar mereka bersama insan yang telah tiada.

Tidak kurang juga, pasangan yang telah lama menantikan zuriat menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan potret keluarga lengkap bersama anak kecil yang belum dimiliki, sebagai simbol harapan dan doa.

Menerusi satu trend di TikTok, ramai memuat naik gambar berkenaan bersama lagu Seribu Tahun Lagi nyanyian Imran Ajmain. Pemilik suara lagu tersebut mengakui dirinya baru menyedari trend ini dan turut tersentuh dengan kisah pasangan yang berjuang mendapatkan cahaya mata.

No Image Caption

"Saya dapat tahu terma TTC daripada trend ini. Mereka menggunakan lagu saya Seribu Tahun Lagi dan mengaitkan kisah watak yang dimainkan oleh pelakon Nurkiriyah dalam drama Seribu Tahun. Dari situ saya belajar TTC tu adalah Trying To Conceive.

"Rupa-rupanya ada ramai orang yang melalui perih, perihnya tidak dapat menghasilkan zuriat dengan apa juga asbab.

"Lagi perihnya bila soalan lazim yang selalu ditanyakan masa bulan raya ni adalah bila nak ada anak?

"Ini bukan tempat saya dan ia tak kena mengena dan saya tak dapat nak relate. Tetapi disebabkan lagu dan drama tersebut dikaitkan, saya tersentuh lah sebenarnya.

"Saya kesian pada mereka yang mencuba dan tiada berhasil. Saya doakan akan ada cahayanya atau akan ada keredaannya.

"Insya- ALLAH keep fighting ya ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana yang sedang TTC," kata Imran dalam satu perkongsian video di platform TikTok.

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tidak menyangka watak dalam muzik videonya memberikan kesan mendalam kepada ramai wanita di luar sana.

Malah, beliau turut belajar amalan doa daripada Surah Al-Imran yang biasa dibaca mereka yang mendambakan zuriat.

"Saya tak sangka watak Noor Khiriah dalam Seribu Tahun yang tak dapat mengandung memberi kesan kepada ramai wanita (dan suami mereka) di luar sana yang juga sedang dalam ‘perjalanan dua garis’.

"Saya belajar banyak hari ini hanya kerana mereka guna lagu saya. Lepas satu-satu saya baca, sampai saya sendiri belajar doa yang biasa dibaca oleh mereka yang inginkan anak, iaitu dari Surah Al-Imran ayat 38.

"Perjalanan muzik saya dan perjalanan ‘dua garis’ kamu bertemu di TikTok. Sama-sama kita doakan ya," ujarnya mengakhiri perkongsian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang