Wanita m@ut dalam kemalangan, dikejar suami selepas pertengkaran

No Image Caption
A
A
A

MALANG tidak berbau. Pertengkaran antara suami isteri akhirnya bertukar tragedi hitam apabila wanita terbabit terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Kejadian yang berlaku pada 12.45 pagi itu menyebabkan pekerja kilang, Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala. Ia disebabkan oleh motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan merempuh tembok batu berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Kampung Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, maklumat diterima oleh pihak polis mendapati mangsa dan suaminya bertengkar sebelum kejadian malang itu berlaku.

“Seorang saksi menyatakan dia mendengar berlaku pertengkaran antara pasangan ini sebelum kejadian menyebabkan berlaku kejar-mengejar di antara mereka masing-masing menaiki motosikal berasingan.

“Suami mangsa yang berumur 22 tahun, sedang mengejar mangsa apabila motosikalnya terbabas di selekoh tajam berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin sebelum merempuh tembok batu sehingga menyebabkannya maut,” katanya pada Rabu.

Pada ketika itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Melaka Pindah menghala ke Jalan Kasa Height.

“Punca pertengkaran antara pasangan yang tidak mempunyai anak itu masih dalam siasatan. Ada kemungkinan kita akan reman suami mangsa bagi membantu siasatan lanjut,” katanya lagi.

Ashari berkata, polis telah menghubungi suami mangsa yang bekerja sebagai pengangkut barang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang