PADA minggu kedua Ramadan, mungkin ramai yang masih belum berpeluang berbuka puasa dengan sajian enak di kampung halaman.

Justeru, bagi mengubati kerinduan anda, Restoran Riverside yang terletak di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memperkenalkan Bufet Ramadan Aneka Selera Desa dengan lebih 300 hidangan menyelerakan.

Pengarah Komunikasi Pemasarannya, Intan Tantiyana Puteri Jaafar berkata, kesemua menu istimewa itu disediakan oleh barisan cef diketuai Cef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih.

Bufet Ramadan Riverside WTCKL

Antara sajian yang bakal menambat selera ramai adalah seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh, Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng Cili Kering, Kambing Goreng Berempah, aneka asam pedas, dan banyak lagi.

“Selain ulam-ulam segar, tujuh jenis kerabu yang enak dan seleksi kuih-muih tradisi turut disediakan. Tidak ketinggalan, menu signatur kami iaitu kambing golek yang saban tahun menjadi pilihan pelanggan.

Baca juga Mengiurkan, udang galah masak lemak tumpuan sajian berbuka di Le Quadri Kuala Lumpur

“Kalau ditanya kelainan pada tahun ini, kami menawarkan sajian Nasi Kandar Saddam. Memang kena cuba,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Iklan

Bufet Ramadan Riverside WTCKL

Apa yang membuatkan SinarPlus tertarik, pengunjung boleh membawa pulang mana-mana menu pilihan ke rumah sebagai juadah bersahur dengan hanya membuat pembelian mangkuk tingkat edisi terhad berharga RM59 hingga RM69.

Baucar bufet Ramadan Restoran Riverside boleh didapati di platform Shopee, Lazada, Fave dan PrestoMall.

Iklan

Bufet Ramadan Riverside WTCKL

Bufet Ramadan Aneka Selera Desa

  • Alamat: Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 41, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
  • Waktu: 6 petang hingga 10 malam
  • Tarikh: 5 April hingga 29 April 2022
  • Menu signatur: Ayam Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh, ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng Cili Kering dan aneka asam pedas
  • Harga: RM128 (dewasa) dan RM75 (warga emas dan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI