Kopi lokal pertama diperbuat daripada 100 peratus biji kopi tempatan. NESCAFE Classic Kedah memang umphh…

PENGGEMAR kopi di Malaysia bertuah apabila Nestle Malaysia baru-baru ini memperkenalkan 100 peratus kopi semaian tempatan sulung keluarannya iaitu NESCAFE Classic Kopi Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, produk baharu itu adalah bersempena dengan program NESCAFE Grown Respectfully (NESCAFE Disemai Dengan Kasih) iaitu satu inisiatif perladangan kopi mampan yang dilancarkan di Kedah.

Iklan
Iklan
JUAN

Program berkenaan adalah usaha sama bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah, Pertubuhan Kami Anak FELDA dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Sebagai penghormatan kepada produk 100 peratus semaian tempatan itu, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah serba baharu tersebut telah dibungkus dalam tin aluminium koleksi khas bercorak batik tradisional Malaysia sekali gus menyerlahkan lagi hasil seni tempatan.

Menurut Juan, pihaknya telah menyokong masyarakat luar bandar di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya.
“Kami terlibat dengan pengusahaan ladang cili dan sawah padi di beberapa negeri dan kini berbangga untuk memulihkan semula perladangan kopi di Kedah dengan menghasilkan NESCAFE Classic Kopi Kedah pertama kami.

“Kopi Kedah menghasilkan nikmat rasa terbaik dengan biji kopi yang ditanam di tanah air kita, disemai dengan penuh kasih, keprihatinan dan rasa hormat kepada bumi dan penduduk. Ia juga dipanggang sehingga sempurna dan dikisar menjadi serbuk kopi halus. Produk ini menjanjikan nikmat aroma dan cita rasa NESCAFE Classic, mencetus pengalaman kopi tempatan yang benar-benar asli,“ katanya kepada SinarPlu

s baru-baru ini.

APA KATA PELADANG KEDAH yang terbabit dalam program NESCAFE Disemai Dengan Kasih dan mendapat latihan daripada Nestle.

Che Nai Hassan, 65.

Menerusi teknik cantuman biji dan kaedah pemulihan pokok kopi tua yang diajar oleh Nestle, pokok kopinya tumbuh dengan sihat. Dengan potensi lebih besar untuk menghasilkan biji kopi berkualiti, ia bakal menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada saya,” katanya.

Mazlan Isa, 52.

Sistem tanaman salingan melibatkan kopi dan tanaman kontan yang dirintis oleh Nestlé telah membantu saya menjana pendapatan berterusan sepanjang tahun, selain menerima bonus akhir tahun daripada pembuatan kopi. Saya bersyukur kerana dapat menyertai program ini.”


Romlah Hamid, 64.

Benih kopi baharu yang dibekalkan oleh Nestle adalah serupa dengan pokok induk. Oleh yang demikian, penghasilan biji kopi dari ladang saya dijangka meningkat dengan ketara.”

Share
Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Published by
Lynn Mazlina

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago