Kriss 110 Disc Brake, keluaran terbaharu Modenas yang ditunggu-tunggu...
MODEL moped paling laris keluaran Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), Modenas Kriss 110 Disc Brake kini tampil menarik dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan ditambah gaya lebih sporty.
Fitur baharu itu dilengkapi dengan brek cakera piston berkembar pada bahagian hadapan dan brek drum pada bahagian belakang yang direka khas dengan penyerap hentak berkembar. Wow! Menarik bukan?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan, ciri-ciri tambahan baharu tersebut menjadikan varian Kriss 110 sebagai salah satu pilihan terbaik buat mereka yang masih tercari-cari motosikal pertama.
“Model berdaya saing ini boleh dipercayai dan mudah dikendalikan kerana dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km atau yang mana terdahulu, selain diperakui EEV (kenderaan cekap tenaga) dan mematuhi piawaian pelepasan Euro 3.
“Sudah menjadi harapan saya untuk melihat ikon Malaysia ini terus menjadi pilihan utama. Saya juga percaya model dengan gaya baharu ini masih menjadi pemenang dalam hati rakyat negara ini dengan penawaran harga menarik,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.
Kriteria hebat
Apa lebih menarik perhatian, tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sportrim, warna kelabu titanium pada penutup enjin dan pelindung ekzos untuk memberikan gaya sporty pada motosikal ini.
Lengkap dengan enjin standard 4-lejang, SOHC dan silinder tunggal, motosikal yang dijual pada harga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) ini mempunyai daya maksimum 4.9kW dan tork 6.7 Nm.
Varian Kriss 110 itu juga didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam, selain dilengkapi reka bentuk grafik baharu demi menonjolkan gaya tersendiri.
Model baharu yang didatangkan dengan pilihan rona merah, biru dan hitam ini juga memiliki kemudahan soket pengecas USB, papar meter dan indikator digital selain ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter.
Tambahan lain yang mungkin tidak terdapat pada kebanyakan motosikal lain adalah ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat.
Jadi apa tunggu lagi? Boleh layari www.modenas.my untuk mendapatkan info lanjut atau terus ke bilik pameran pengedar sah seluruh negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang