Kuih bakar 'lejen', sedap dan mudah

A
A
A

KUIH lama yang satu ini memang sungguh 'lejen'. Mesti ramai yang menggemarinya, tetapi takut-takut nak bikin bukan?

Bagaimanapun, jika teringin, jangan ragu-ragu nak mencuba resipi dikongsikan wanita bernama Nur Aisyah Nasaruddin, 26, dari Selayang Baru, Selangor ini.

"Insya-ALLAH menjadi. Senang sahaja, tak perlu takut mencuba.

"Saya pun buat resipi ni masa PKP lalu. Masuk semua bahan, blend, bakar dan siap! Sedap dan mudah," katanya kepada SinarPlus.

Menarik 'kejadiannya', resipinya mendapat perhatian warganet hingga tidak kurang yang berkongsi. Berikut resipi berkenaan yang dikongsikan beliau:

Artikel berkaitan: Resipi Kuih Cara manis sukatan cawan sedap!

Resipi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahannya: 

?8 helai daun pandan

?1 cawan air

?2 cawan santan

?2 cawan tepung gandum

?1 cawan gula

?3 biji telur

?2 sudu besar marjerin

?½ sudu kecil garam

?1 sudu kecil esen vanila

?1 sudu kecil pewarna hijau (optional)

?Sedikit bijan

Cara-caranya:

- Sebelum membuat adunan, panaskan ketuhar pada suhu 170 .

- Kisarkan satu cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.

- Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam blender, kemudian kisar rata.

- Tapis adunan. Tuangkan ke dalam loyang yang disapu marjerin/ minyak.

- Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

- Bakar di dalam ketuhar selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.

- Cucuk kuih bakar dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak.

- Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca