SEKALI-SEKALA layan bikin dan makan kuih donat gebu yang lemak berkrim dengan keju memang tangkap leleh dibuatnya. Penggemar keju apatah lagi mesti suka kan…?

Kalau rasa mahukan kelainan donat bolehlah cuba resipi ni. Cara membuatnya pun mudah. Cuma tambahkan sedikit kepingan keju.

Jika tidak ‘derhaka’ resipi, InsyaAllah adunan akan naik elok gebu saja. Apa yang penting sedikit kesabaran dan usaha membuatnya. Eloklah nanti kejadiannya.

Resipi Donat Keju

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/2 cawan air
1 paket mauripan
Sedikit garam
Kepingan keju (cheese slice)

Artikel berkaitan: Uniknya kuih bom inti ikan, susah jumpa ni… bolehlah cuba

Cara-caranya:

1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula, yis segera dan kacau sehingga sebati. Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit.

2) Tepung gandum tadi ramas dengan marjerin, susu dan garam sampai sebati.

3) Bila yis dah mengembang, masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang-seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

Iklan

4) Rehatkan doh dalam 30 minit, tutup doh tersebut dengan kain basah.

5) Selepas 30 minit, doh tersebut dah naik. Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin.

6) Boleh canaikan doh tersebut, jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat. (Untuk cheese saya buat dengan menekapkan menggunakan cawan minuman plastik). Kalau donat biasa saya gunakan acuan donat.

Iklan

7) Sebelum menggoreng, rehatkan donat itu selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik.

Selamat mencuba!

Kredit: Puteri Ezzarra Al Bakhthiar