Lancar inai harga 'rahmah', Che Ta mahu bantu 100,000 wanita jana pendapatan

A
A
A

SEJAK mula diperkenal tahun lepas, inai Mazaville (Inai Che Ta) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Melihat momentum itu dan seperti sebelum ini, selebriti jelita, Rozita Che Wan (Che Ta) meneruskan kerjasama dengan usahawan tanah air, Anas Zahrin apabila mengeluarkan produl terbaharu iaitu Set Kuku Letups Che Ta.

Menariknya, kata Che Ta, produk berkenaan dilancarkan itu menawarkan harga yang cukup berbaloi iaitu RM25 sahaja.

"Awalnya kami bercadang untuk memperkenalkan harga jualan RM60, tapi selepas berbincang, kami memutuskan untuk memperkenal ‘harga rahmah’," dedahnya selaku pengasas bersama dan duta kecil bagi jenama inai berkenaan ketika ditemui dalam satu majlis baru-baru ini.

Baca ni 'Macam tak hamil.' Tetap anggun & bergaya walau tengah sarat, ramai teka Elvina bakal timang baby girl

Menurut figura terkenal itu lagi, set tersebut diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai hari ini (6 Mac).

Baca ni 'Baju 'letup', pemandangan cantik. Memang 'queen' betul.' Perkongsian Che Ta bercuti di Bali raih perhatian

Lebih membanggakan, jenama tersebut turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal ke atas kuku penggunanya.

"Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal ini, pihak kami menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 kaum wanita khususnya untuk sama-sama menjana pendapatan dengan menjadi ejen berdaftar.

"Lebih kurang RM7 juta dilaburkan sebagai komisen untuk kami kongsikan bersama 100,000 wanita bagi projek mega Inai Che Ta ini," kata Che Ta sambil memberitahu, Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca