Lebihkan serai dan halia, rahsia besar Ayam Bakar Pasu Terlangkup sedap dan 'digilai' ramai. Tak percaya? Jom cuba

A
A
A

SINGGAHAN anda di Port Dickson, Negeri Sembilan tidak akan lengkap jika tidak mencuba menu Ayam Bakar Pasu Terlangkup.

Idea menyediakan sajian yang menjadi tumpuan ramai berkenaan hadir daripada pasangan suami isteri, Yusdey Ismail dan Nur Farhana Ramli.

Yusdey ketika dihubungi berkata, pada asalnya mereka mengusahakan perniagaan ayam golek di bazar Ramadan di Kedah pada tahun 2009.

Dek kerana persaingan yang cukup sengit, beliau terfikir ingin melakukan sesuatu yang di luar jangkauan.

"Maka, muncullah idea membakar ayam menggunakan pasu bunga pada tahun 2015. Saya memang tak sangka, menu ini menjadi percakapan ramai sehingga tular di media sosial sehingga pada saat ini," kata tauke premis Nasi Ayam Bakar Pasu Terlangkup baru-baru ini.

Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Apa keistimewaan Ayam Bakar Pasu Terlangkup yang terus bertahan dan dikunjungi pengunjung bertali arus?

Menjawab pertanyaan itu, Yusdey berkata, barangkali ia disebabkan teknik memasaknya menggunakan pasu, di samping rempah-ratus yang digunakan.

"Untuk memasak hidangan ini, ia perlukan ketelitian. Paling diberi penekanan pastilah rempah-rempah yang digunakan perlulah cukup dengan jumlah ayam yang hendak dibakar termasuk sos untuk mencicah," katanya.

Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Bagi menaikkan lagi aroma ayam, usahawan itu berkata, pihaknya akan menambah halia dan serai dalam kuantiti yang banyak.

Seperkara, tidak seperti kebanyakan cef yang biasanya akan memerap dulu ayam sebelum dibakar, pendekatan Yusdey sebaliknya.

"Di premis saya, ayam tak perlu diperap, tapi tetap sedap. Selain itu, ia tak perlu menunggu masa yang terlalu lama untuk dibakar. Biasanya lebih kurang 30 hingga 40 minit sahaja ayam sudah siap untuk dihidang," beritahunya.

Baca juga Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam, padanlah ramai sanggup datang dari jauh

Mengenai cabaran menyediakan Ayam Bakar Pasu Terlangkup, anak kelahiran Port Dickson itu berkata, beliau terpaksa menggunakan pasu yang banyak untuk memenuhi tempahan pelanggan lagi-lagi pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Ayam Bakar Pasu Terlangkup

"Kos untuk membeli pasu kini juga semakin tinggi, kalau dulu hanya RM20 seunit, tetapi sekarang mencecah hingga RM40. Buat masa ini, kami hanya masak guna untuk 20 unit pasu,” katanya.

Yusdey menambah, pada hari biasa Ayam Bakar Pasu Terlangkung hanya terjual lebih kurang 20 hingga 30 ekor, namun pada hari cuti, boleh mencecah 150 ekor sehari.

  • NUR SUHAIMA NORDIN

RESIPI Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Bahan-bahan

1 ekor ayam

7 biji cili api

2 ulas bawang besar

5 ulas bawang putih

Ayam Bakar Pasu Terlangkup2 inci halia [BELI DI SINI]

5 batang serai

1 inci lengkuas

1 ketul kunyit hidup

Kari ayam [BELI DI SINI]

Garam

Ayam Bakar Pasu Terlangkup Gula

Ketumbar [BELI DI SINI]

Jintan manis

Lada hitam

Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Cara penyediaan:

  1. Kisar lada hitam dengan garam. Ratakan pada ayam dan salai terlebih dahulu sehingga separuh masak.
  2. Sementara itu, kisar bahan-bahan yang lain sehingga halus.
  3. Kemudian, ratakan rempah tadi pada ayam yang telah disalai separuh masak.
  4. Bakar sekali lagi 30 hingga 40 minit sehingga masak.
  5. Siap untuk dihidang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca