Lotus cipta sejarah perkenal SUV elektrik pertama, sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dalam pemanduan

A
A
A

BUAT pertama kalinya, Lotus Cars Malaysia memperkenalkan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik untuk pasaran tempatan.

Pengarah Serantau, Asia Pasifik dan Asia Barat Lotus Cars, Daniel Balmer berkata, pengenalan varian Eletre, Eletre S dan Eletre R dijangka memberi impak buat peminat jentera tenaga hijau di negara ini.

“Ia menjadi detik penting buat sejarah Lotus Cars kerana siri Eletre merupakan bukti komitmen kami untuk membawakan jenama ini ke dalam segmen automotif baharu di peringkat global.

lotus SUV elektrik

Eletre R misalnya, mampu mencapai kelajuan hingga 100 kilometer perjam (km/j) dalam masa kurang tiga saat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 

Berikut spesifikasi lain siri Eletre:

  • Lengkap dengan sistem keselamatan pintar Advanced Driver Assistance Systems.
  • Eletre juga dilengkapi dengan sistem LIDAR yang boleh diubah suai pertama di dunia bagi menyokong teknologi pemanduan autonomi.

lotus SUV elektrik

  • Dinaik taraf dengan sistem operasi baharu, Lotus Hyper OS dengan kerjasama ECARX dan HERE Technologies.
  • Eletre dibina di atas platform serba baharu iaitu 800V Electric Premium Architecture dengan sistem agihan kuasa bersepadu.

Baca juga Proton perkenal SUV hibrid pertama negara, X90 yang lebih jimat minyak dan mesra alam

lotus SUV elektrik

  • Eletre dan Eletre S menawarkan 603 kuasa kuda dan tork 710Nm dengan prestasi pecutan hingga 100km/j dalam masa 4.5 saat.
  • Lengkap dengan lima mod pemanduan iaitu range, individual, tour, sport dan off-road yang standard pada semua varian.

Baca juga Bakal gegarkan pasaran tempatan, Volvo perkenal 2 model elektrik XC40 B5 Ultimate & C40 Recharge Pure Electric

lotus SUV elektrik

lotus SUV elektrik

Lotus Eletre hadir dengan jaminan pengilang selama lima tahun atau jarak pemanduan 150,000km, manakala jaminan bateri selama lapan tahun atau 200,000km.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca