SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah mendengarkan tentang rage room atau bilik melepaskan kemarahan.

Rage room merupakan satu ruang bilik yang lengkap dengan pelbagai kelengkapan untuk dipecahkan.

Kebiasaannya, kawasan tersebut akan memiliki rekaan seperti ruangan pejabat, kediaman, sekolah, kedai makan atau sebagainya.

Secara am, kewujudan rage room dapat membantu melepaskan kemarahan atau mampu dijadikan sebagai terapi emosi.

 

Baca juga: Facebook dan Instagram bakal ditutup bermula di Eropah ramai netizen bahas isu hak privasi pengguna

Baca juga: Pelitup hidung diperkenal Korea Selatan sesuai dipakai ketika makan

 

Ahli Psikologi Klinikal, Dr Scott Bea berkata, individu yang memendam kemarahan akan mengundang pelbagai masalah seperti keresahan.

“Kebiasaannya kita tidak tahu cara terbaik untuk mengawal emosi terutama kemarahan. Memecahkan barangan menerusi rage room hanya dapat memberikan kepuasan sementara kerana tidak mampu menyelesaikan masalah kemarahan kronik,” kongsi beliau seperti yang dikongsi oleh portal Hello Doktor.

Meskipun ia memberi kepuasan untuk jangka masa pendek, namun terdapat beberapa kelebihan rage room kepada pengguna:

Sumber: arabnews.com

1. Membebaskan rasa marah

Melampiaskan rasa marah dengan cara membuli atau berbuat buruk kepada orang lain satu perbuatan yang tidak baik.

Oleh itu, dengan adanya rage room, rasa marah tersebut boleh disalurkan dengan cara yang lebih selamat.

2. Selamat daripada bahaya

Penyediaan rage room yang dilengkapi dengan peralatan dan pakaian yang sesuai pastinya selamat untuk digunakan.

Hal tersebut disebabkan terdapat beberapa barangan seperti kaca atau objek tajam yang mungkin akan mencederakan sesiapa.

3. Perasaan dominasi

Rasa marah dimulakan dengan perasaan yang tidak berdaya untuk mengawal sesuatu perkara. Disebabkan itu, perasaan marah yang terbuku di hati.

Penggunaan rage room secara tidak langsung dapat menjadi salah satu solusi untuk melampiaskan rasa marah tanpa perlu melibatkan sesiapa sebagai mangsa.

Pun demikian, terdapat pengaruh negatif. Antaranya:

1. Sikap

Cara ini akan membuatkan seseorang mudah untuk membentuk sifat agresif dan tingkah laku yang kasar.

2. Sementara

Tidak baik untuk rawatan kawalan kemarahan jangka masa panjang kerana ia bersifat sementara.

3. Tiada penyelesaian

Perasaan puas ketika memecahkan barang memang tidak dapat dipertikaikan. Namun, perkara tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah yang dialami. Bahkah, situasi tersebut bimbang akan menjadi semakin parah.

Iklan

Mencuba kaedah sebegitu sebagai alternatif untuk menyalurkan kemarahan tidak salah, namun apa kata cuba lakukan cara yang lebih sihat. Berikut cadangannya:

1. Relaksasi

Kawalan teknik pernafasan atau meditasi boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa marah.

2. Atasi dengan rasional

Kemarahan berpunca daripada perbalahan atau salah faham serta rasa tidak puas hati. Disebabkan itu kenal pasti punca yang memicu rasa marah.

Cuba selesaikan dengan komunikasi agar dapat mencapai kata sepakat dan menyelesaikan masalah dengan baik.

3. Berkongsi cerita

Sebaiknya, setelah seharian penat bekerja, luangkan masa dengan kenalan terdekat atau keluarga agar dapat mengurangkan rasa stres.

Iklan

Lakukan aktiviti yang digemari dengan insan tersayang bagi mencapai keseimbangan emosi.

4. Ubah cara berfikir

Apabila perasaan marah sudah mendominasi, sukar untuk kita mencari jalan penyelesaian. Disebabkan beri masa untuk bertenang seketika.

Sebolehnya ubah cara pemikiran ketika berdepan dengan masalah agar menjadi lebih positif.

Okey, kesimpulannya, penggunaan rage room ini ada pro dan kontra, namun terpulang kepada individu.

Bagi SinarPlus, kalau sekali-sekala atau sekadar untuk suka-suka tidak menjadi masalah.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram