ALOE Vera atau pokok lidah buaya antara tumbuhan yang paling mempunyai banyak khasiat. Ia baik untuk kegunaan baik dalaman mahupun luaran kita

Rupa bentuk aloe vera yang mana bahagian luar daun agak keras dan tebal berfungsi memerangkap dan menyimpan air.

Air itu kemudiannya berubah kepada bentuk jeli. Tahukah korang, jeli berkenaan mempunyai pelbagai khasiat terutamanya pada kulit.

Hasil daripada beberapa kajian, aloe vera telah digunakan lebih 5,000 tahun untuk kesihatan dalaman dan luaran badan manusia.

Antara komponen yang terkandung dalam tumbuhan tersebut ialah air, pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12.

Aloe vera juga mengandungi mineral iaitu kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Lantaran kepelbagaian itu, maka tidak hairanlah hampir setiap kediaman mempunyai pokok aloe vera atau nama santifiknya Aloe barbadensis ini.

Baca juga Khasiat Lidah Buaya Untuk Rambut Anda

Selain diguna pada luaran dengan menyapu pada kulit ia juga boleh dijadikan jus.

Perkongsian daripada Norshuhada Samsuddin barangkali boleh dijadikan rujukan. Jadi, korang tidak perlu lagi membeli jus kotak aloe vera.

“Sesiapa yang menanam aloe vera cubalah menu simple ini. Rasa sedap & sangat refreshing.”

Resipi Aloe Vera Jelly

Bahan-bahan

-Aloe vera
-Gula
-Daun pandan
-Air

Iklan

Cara penyediaan

1. Bersihkan aloe vera yang dituai dengan air bersih.
2. Potong duri kiri dan kanan serta kulit hijau.


3. Potong dadu isi aloe vera mengikut saiz pilihan.
4. Letakkan aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis dan lalukan air sehingga lendirnya hilang.

5. Cucinya dengan bersih.
6. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air secukupnya, gula dan daun pandan.
7. Jerangkan atas api sehingga gula larut lalu matikan api.
8. Sejukkan terlebih dahulu kemudian bolehlah simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais.

Iklan


9. Apabila hendak minum, bancuhkan dengan minuman kegemaran. Sambil minum jeli tersebut boleh dimakan. Sedap sangat!

Korang yang ada aloe vera di rumah jangan lupa mencuba. Bagi yang belum menanamnya, ayuh mulakan sekarang. Tidak rugi berbudi kepada tanah, pasti akan ada hasilnya nanti.

Sumber: Norshuhada Samsuddin