PERNAHKAH anda menikmati aiskrim dengan rasa kicap? Rasanya memang ramai yang tidak pernah berbuat demikian.

Namun, Hamadaya, jenama kicap premium Jepun baru-baru ini bekerjasama dengan jenama aiskrim artisan tempatan, Inside Scoop menghasilkan aiskrim berperisa kicap edisi terhad sempena Hari Kicap Sedunia yang disambut pada 1 Oktober lalu.

Diberi nama sebagai Aiskrim Karamel Kicap, produk unik itu hanya boleh didapati selama sebulan iaitu bermula pada 1 hingga 31 Oktober depan.

Naib Presiden Pemasaran Hamadaya/Heritage Foods, Lili Ho berkata, kicap perasa jenama itu digunakan sebagai ramuan utama.

Sementara, Inside Scoop menghasilkan formula sempurna Aiskrim Karamel Kicap yang diperakukan halal tanpa sebarang perisa atau pengawet tiruan.

“Memandangkan elemen kebudayaan Jepun diterima dan disambut dengan amat baik dalam masyarakat Malaysia selama ini, maka sudah tiba masanya untuk kami menghidangkan inovasi ini di pasaran,“ katanya.

BACA LAGI: Makan aiskrim vanila waktu sakit tekak buat radang tak pulih, ini penjelasan doktor

BACA LAGI: ”Disangka aiskrim rupanya…”cecair pelbagai warna dalam plastik jentik hati warga maya

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk mencuba perisa-perisa baharu yang berupaya memikat hati pengguna.

“Kami sentiasa melakukan perkara-perkara baharu dalam perisa yang kami hasilkan dan pada masa sama mahu memenuhi selera dan rasa ingin tahu para pelanggan kami,“ katanya.

Justeru, kepada anda yang mahu rasa kenikmatan Aiskrim Karamel Kicap boleh kunjungi kedai aiskrim Inside Scoop. Antaranya di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi