'Macam tak hamil.' Tetap anggun & bergaya walau tengah sarat, ramai teka Elvina bakal timang baby girl

A
A
A

PELAKON cantik manis, Datin Elvina Mohamad berkongsi momen bercuti bersama keluarganya di Jepun baru-baru ini.

Beritahu empunya diri, hanya tinggal dua bulan sahaja lagi beliau bakal melahirkan cahaya mata keduanya.

Biarpun tengah sarat, namun pelakon berusia 28 tahun itu tetap tampil berseri dan jelita.

Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

Dalam satu perkongsian, Elvina atau nama sebenarnya Norzaluna Mohamad mengakui kehamilan kali ini sedikit berbeza dengan yang pertama.

“Sekarang sudah masuk tujuh bulan,tetapi lain sangat jika dibandingkan sewaktu mengandungkan Karl dahulu. Kali ini saya rasa macam tak hamil.

"Kali ini sangat dipermudahkan dan alahan pun sekejap saja dan tak teruk. Tiada mabuk atau pening semua," ujar pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu lagi.

Justeru katanya, situasi tersebut membolehkan beliau bercuti dengan selesa di Tokyo sebelum bersalin kelak.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

ANGGUN & MENAWAN

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata teruja dan memuji Elvina tetap anggun dan menawan biarpun sedang sarat. Malah, ada yang meneka Elvina sedang hamil anak perempuan.

Berikut antara komen yang ditulis pengikutnya:

'Cantiknya. Gegirl ke tu. Jaga diri El.'

'Alhamdulillah. Perempuan agaknya kali ni ya.'

'Cantik sangat mak buyung pun.'

'Baby perempuan lah tu.'

'Berserinya bakal ibu ini.'

MENGALAMI KEGUGURAN

Terdahulu, Elvina membuat pengumuman tentang kehamilan bayi keduanya itu menerusi laman Instagram milik beliau.

Sambil memuat naik gambar bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen, 3, beliau dilihat memegang perutnya yang sudah menampakkan perubahan.

Baca ni 'Baju 'letup', pemandangan cantik. Memang 'queen' betul.' Perkongsian Che Ta bercuti di Bali raih perhatian

"Tidak sabar bertemu dengan anggota baharu keluarga kami, nanti," tulis Elvina menerusi kapsyennya yang disertai bersama #hashtag bayi nombor dua.

Tahun lalu, Elvina mengalami keguguran seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Ketika itu, kandungan beliau sudah memasuki usia tiga bulan.

Untuk rekod, Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018.

Sumber: elvinamohamad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca