BARU-BARU
ini, ASICS SportStyle mengumumkan pelancaran kasut GEL-NIMBUS 9 yang telah dipertingkatkan kecekapannya.

Mula dikeluarkan pada tahun 2007, kasut berkenaan telah pun menjadi pilihan para pelari di seluruh dunia disebabkan teknologi GEL yang terbukti memberikan prestasi yang terbaik.

Berdasarkan rekod, pada tahun berkenaan, majalah Runner’s World mengiktiraf GEL-NIMBUS 9 sebagai Kasut Terbaik Di Dunia.

Seiring dengan peredaran masa, GEL-NIMBUS 9 direka dengan reka bentuk kontemporari yang menepati cita rasa kini.

Masih menerapkan teknologi GEL pada inovasi terbaharu itu, pengguna akan merasai keselesaan yang optimum pada kaki depan dan tumit ketika memakai kasut tersebut.

Berdasarkan rekod, pada tahun berkenaan, majalah Runner’s World mengiktiraf GEL-NIMBUS 9 sebagai Kasut Terbaik Di Dunia.

ASICS dalam satu kenyataan akhbar menyebut, UBS-S GEL-NIMBUS 9 direka oleh Kiko Kostadinov dan pasukan reka bentuk ASICS SportStyle. Mereka mengambil inspirasi daripada hasil penerokaan alam semula jadi pada desain mereka.

Iklan

Antara warna yang boleh dipilih pengguna adalah seperti piedmont grey, rum raisin (kilauan rona hijau), abbey stone dan stonewash.

Pembelian boleh dibuat di kedai rasmi, ASICS atau menerusi laman web asics.com.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.