TERSENYUM manis Datin Anne Ngasri tatkala disapa penulis sewaktu majlis pelancaran filem terbitannya, Jemputan Ke Neraka.

Biarpun sibuk melayan tetamu dan ahli keluarga yang turut hadir, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri masih sempat meluangkan masa untuk sesi temu bual bersama SinarPlus.

Sekadar makluman, filem tersebut diarahkan oleh pengarah muda Amor Rizan untuk karya layar perak  dengan penerbit bersama, Darling Ngasri terbitan Anne Ngasri di bawah AN Universal.

Baca ni ‘Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.’ Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

anne

“Alhamdulillah, pelancaran filem ini hasil kerjasama syarikat saya dengan Darling Ngasri. Beliau banyak memotivasikan saya dalam menghasilkan filem kali ini.

“Buat masa sekarang tidak menjadi masalah untuk saya aktif dalam bidang seni. Cuma kali ini saya kurang berlakon. Justeru, saya tukarkan ‘waktu’ itu untuk fokus pada produksi,” ungkap Exco Wanita UMNO Malaysia itu lagi.

Biarpun minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, beliau memilih untuk muncul dalam produksi sendiri sahaja.

Ditanya tidakkah tumpuannya pada anak-anak sedikit terhakis jika terlalu sibuk dengan produksi miliknya?

Baca lagi ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

anne ngasri

 

Kata Anne, masanya kini lebih fleksibel memandangkan kesemua permata hati tersayang sudah besar.

“Kalau dulu sibuk membesarkan anak-anak, namun kini masing-masing sudah besar dan mereka juga cukup memahami. Tiga orang anak saya kini berada di asrama dan yang sulung sudah tamat dan bakal masuk universiti. Sementara yang paling kecil pun sudah berusia empat tahun.

“Pada saya, susunan ALLAH itu cantik. Pembahagian masa dua tiga tahun kebelakangan ini kian mudah. Sementelah anak-anak sudah boleh berdikari sendiri. Alhamdulillah, syukur,” ungkap wanita berusia 39 tahun itu lagi.

anne ngasri

 

BIASAKAN ANAK BERDIKARI

Bercerita lanjut akan sisi beliau sebagai seorang ibu, bicara Anne, sejak awal lagi beliau sudah meletakkan perancangan untuk menghantar anak-anak ke asrama.

Sementelah, katanya kini sudah sampai waktu puncak yang mana zaman anak-anak bersama ibu bapa sudah selesai.

“Saya memilih untuk menghantar anak-anak ke asrama sebagai salah satu proses untuk mengajar diri kurang sikit masa bersama mereka. Sebab itu, kalau ada yang bertanya kenapa hantar anak ke asrama, sebenarnya itulah proses saya menerima hakikat anak sudah besar dan boleh berdikari,” ungkapnya dengan panjang lebar.

anne ngasri

Sekadar makluman, Anne mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4, selain masing-masing mempunyai zuriat daripada perkahwinan terdahulu.

Anne mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits,16; Abdul Wafri,14; dan Nazharah Afroza, 12. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 17.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Iklan

anne ngasri

 

9 BULAN TAK SENTUH NASI

Empunya diri hanya tertawa tatkala diminta berkongsi tip sentiasa tampil awet muda dan kekal cantik sejak dahulu lagi.

Kata tuan punya badan, sembilan bulan beliau mengelak mengambil nasi!

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

anne ngasri

Baca ni Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

“Sebelum ini, saya pernah tampil dalam sebuah drama, waktu itu saya rasa diri gemuk sangat. Lantas, saya cuba berdiet dengan tidak menjamah nasi.

Iklan

“Maklumlah sekarang usia makin meningkat, justeru saya kena jaga diri. Saya kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih,” ujarnya yang turut mengambil protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.

Hasil diet tersebut, Anne berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram.

“Alhamdulillah, doakan saya sihat ye,” tulus permintaan Anne.

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!