Makan dalam hutan lengkap tempat mandi-manda, restoran privasi ini yang ramai tidak tahu

KEPADA mereka yang mendambakan untuk menikmati sajian autentik Melayu dengan suasana privasi di dalam hutan, apa kata pilih satu hari yang sesuai untuk bertandang ke T’mor On The Rocks yang terletak di Jalan Genting Lama, Batang Kali, Selangor.

Sekali pandang, pasti ramai tidak menyangka wujudnya sebuah restoran unik di dalamnya. Anak mata akan lebih terpana apabila melihat susunan dekorasi di premis itu yang menerapkan 100 peratus elemen desa.

Selain dilengkapi dengan hiasan kain batik, set yang disajikan menggunakan talam serta pinggan mangkuk klasik, bakal membuatkan singgahan kalian di lokasi tersorok itu cukup berbaloi.

Berkongsi kisah pembukaan restoran tersebut, pemiliknya, Mohd Izzul Khairi Zailani, 35, berkata, asalnya tanah yang dibelinya sejak tujuh tahun lalu dibangunkan sebagai tapak rumah keluarga untuk berlibur pada hujung minggu.

“Kemudian, saya melihat potensi tanah ini yang cantik dan landai, ditambah dengan ketenangan air sungai yang mengalir, membuatkan saya terdetik untuk membuka restoran pada awal Januari tahun lalu. Apatah lagi, ketika itu saya juga sedang mengusahakan tujuh kolam ternakan ikan siakap, patin dan udang galah di kawasan sama.

Iklan
Iklan

“Jadi, semua perancangan menjadi mudah kerana setiap sajian yang dihidangkan sememangnya diambil segar dari kolam saya, sekali gus menjadi salah satu tarikan utama T’mor On The Rocks,” katanya.

Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, air tangan isteri, Zawanie Azizi, 31, juga menjadi tunjang kepada keenakan sajian berkonsepkan masakan tradisi Melayu yang ditampilkan mereka.

Antara signatur sajian di premis tersebut yang wajib dicuba adalah seperti daging salai masak lemak cili padi, sup tulang dan empat jenis sambal yang padu. Segala ulam-ulaman seperti daun selom, ulam raja, kacang panjang, cekur, pegaga juga dipetik segar dari kawasan sekeliling restoran milik Mohd Izzul Khairi.

Baca juga Port berkelah privasi, mandi sungai sambil nikmati nasi ambeng, keunikan Riverstone Eco Resort buat ramai sanggup datang dari jauh

“Menariknya lagi, setiap set yang kami sajikan adalah dalam bentuk talam seperti orang dulu-dulu demi membangkitkan nostalgia lama.

“Kalau tanya menu yang paling laris pula, apa yang saya boleh katakan, ikan siakap goreng, ikan patin masak tempoyak dan udang galah masak lemak cili padi yang paling dicari pelanggan,” kongsinya.

Baca juga Mahu ketenangan, kita singgah ke kawasan air terjun. Perlukan privasi, jom kita glamping

Disebabkan respons yang diterima cukup hangat, pihaknya juga membuka tempahan untuk acara tertutup seperti sambutan hari jadi dan korporat.

Sebagai tambah nilai, selain menawarkan suasana kedesaan seperti buaian, pondok berehat dan dusun durian, pengunjung juga boleh bermandi-manda di sungai berhampiran.

Kawasan sungai tersebut bagaimanapun, hanya dibuka kepada pelanggan T’mor On The Rocks sahaja.

T’mor On The Rocks

  • Alamat: Jalan Batang Kali-Genting Lama, Batang Kali, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 6 petang (Jumaat hingga Ahad)
  • Menu signatur: Siakap goreng, sup tulang, daging salai masak lemak cili padi, ikan patin organik masak tempoyak dan udang galah
  • Harga: Set bermula RM90 hingga RM300
  • Facebook: T’mor On The Rocks – Batang Kali
  • Instagram: @tmor.otr

Sejak wabak Covid-19 melanda, orang ramai semakin berhati-hati untuk ke mana sahaja termasuk ke kedai makan.

Justeru, tidak hairanlah restoran yang mengutamakan privasi pelanggan paling mendapat tempat kini.

Selain T’mor On The Rocks di Batang Kali, Selangor yang menjanjikan pemandangan hutan dan sungai cantik yang menarik, terdapat beberapa lagi destinasi yang bersifat eksklusif.

Berikut SinarPlus kongsikan empat lagi lokasi yang tidak kurang hebatnya:

Anjung Selera Hutan Bandar

  • Alamat: Medan Selera Hutan Bandar, Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 6 pagi hingga 7 malam
  • Menu signatur: Mi rebus sup tulang, nasi lemak, soto, chicken chop dan kuih lopes
  • Harga: Bermula RM3
  • Facebook: Anjung Selera Hutan Bandar

Makan D’ Hutan

  • Alamat: Savanna Hill Resort, Jalan Nasiman, Batu 18, Ulu Tiram, Johor Bahru
  • Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
  • Menu signatur: Set barbeku termasuk kambing, udang, ayam bakar
  • Harga: Bergantung kepada pakej promosi semasa
  • Facebook: Savanna Hill Resort
  • Instagram:@savannahillresort
  • Laman web: http://www.savannahill.com.my

D Hutan

  • Alamat: Taman Botanikal Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Melaka
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 5.30 petang (Ahad tutup)
  • Menu signatur: Nasi lemak ayam

Tamarind Springs

  • Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor
  • Waktu operasi: 6 petang hingga 10 malam (Isnin hingga Khamis) dan 12 tengah hari hingga 11 malam (Sabtu dan Ahad)
  • Menu signatur: Khmer-Style Crabs dan kambing gril dengan sos Tamarind
  • Harga: Pakej bermula RM100++
  • Facebook: Tamarind Springs Restaurant

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

4 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

4 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

6 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

10 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

11 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

12 hours ago