Makan sardin homemade pun sedap jua

No Image Caption
A
A
A

ANDA jemu makan sardin dalam tin? Jom buat sardin sendiri. Sinar Plus kongsikan resipi sardin homemade yang pastinya sedap dan segar berbanding sardin dalam tin.Bahan-bahan:

1kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)

2 biji tomato (dipotong dadu)

2 biji bawang Holland (dipotong dadu)

1 cawan tomato pure

2 sudu besar pes cili

1 cawan cili sos

Garam

Gula

Cara-cara:

1.Panaskan minyak dan masukkan ikan sardin. Masak seketika.

2.Kemudian masukkan tomato pure, pes cili dan cili sos. Kacau seketika.

3.Masukkan tomato dan bawang Holland.

4.Selepas itu tambahkan sedikit garam dan gula.

5.Siap!

6.Jika anda anda pressure cooker, hanya perlu masukkan kesemua bahan-bahan itu.

7.Setkan highpressure ke 90 minit.

8.Apabila siap, kacaukan ia dan sedia untuk dimakan.

Mudahkan resipi sardin homemade ini. Anda boleh cuba untuk juadah berbuka hari ini. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: cookpad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca