Makanan ikonik AirAsia Nasi Lemak Pak Nasser kini dengan ayam percik, eksklusif untuk Ramadan yang mulia ini

A
A
A

SANTAN, jenama makanan dan minuman AirAsia memperkenalkan dengan dua menu ikonik sempena Ramadan dan Aidilfitri yang pastinya menjanjikan kepuasan kepada para peminat tegarnya.

Pengurus Inovasi Produk Santan, David Lee berkata, dengan ramuan tersendiri, pihaknya menyediakan Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik sebagai menu utama berbuka puasa dan minuman utama, Thai Milk Tea.

 

 

 

Santan juga ujar David melancarkan dua menu baharu untuk produk sedia dimakan iaitu Nasi Goreng Kampung dan Nasi Biryani Ayam.

 

 

Serentak dengan itu, kami memperkenalkan kepada para pelanggan beberapa lagi menu pilihan berasaskan sayur-sayuran seperti Samosa, EPIC Pandan Chicken, Sweet Potato Ball, Potato Cauli Bites dan Potato Curry Puff yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan Santan Mid Valley, NU Sentral dan Sunway Pyramid.

Sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan melalui perkhidmatan Sadaqah IKHLAS," katanya ketika memperkenalkan Menu Baharu Santan Sempena Ramadan/Raya di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Sempena musim perayaan ini, Santan mengumumkan kerjasama dengan dua Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan iaitu Zara Turkish Delight dan Cookies Tree untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka.

 

ANEKDOT

SANTAN

Alamat: 11 cawangan Santan di Kuala Lumpur & Selangor

Waktu: Waktu berbuka puasa hingga pukul 10 malam

Menu signatur: Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan Thai Milk Tea

Harga: RM10.90 hingga RM12.90

Instagram: @santan.asean

 

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca