MENDERITA masalah kulit akibat ekzema memang satu penderitaan yang sukar digambarkan.
Bukan sahaja kulit mengelupas, pesakit akan berasa gatal seluruh tubuh badan atau melibatkan beberapa anggota sahaja termasuk timbul keradangan.
Menurut National Eczema Association (NEA), Amerika Syarikat, seramai 31.6 juta penduduknya menghidap penyakit itu. Satu daripada 10 orang bakal mengalami peradangan pada kulit.
Baca ni Anak kecil ada ekzema, kulit sensitif, produk Buds Organics boleh bantu selesaikan masalah
Secara umumnya, terdapat tujuh jenis ekzema iaitu:
Seperti yang diketahui ramai, biasanya pesakit akan mengalami demam alergi dan adakalanya diserang asma. Pada masa sama, mereka juga dikatakan alah pada makanan tertentu.
Baca lagi Rasa gagal jadi ibu bila anak hidap ekzema sehingga berdarah. Ini panduan berguna daripada pakar
Untuk mengetahui sejauhmana pemakanan mempengaruhi ekzema, SinarPlus menemubual Pakar Pemakanan Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, Johor, Yap Pau Lin.
Pau Lin menjelaskan tidak semua pesakit mempunyai alahan terhadap sajian termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Sebenarnya keadaan alah atau alergi kepada makanan bukanlah punca utama kepada masalah keradangan kulit tetapi ia juga boleh disebabkan faktor lain seperti persekitaran, penggunaan bahan pencuci, cuaca dan habuk,“ katanya.
Menurut pakar itu lagi, sistem pertahanan tubuh pesakit begitu sensitif dan cepat memberi reaksi kerana badan mereka beranggapan bahawa pendedahan kepada punca ekzema adalah satu ancaman.
“Dari segi perubatan, perubahan kulit penghidap adalah disebabkan penghalang kulit yang rosak yang membolehkan alergen (bahan protein atau bukan protein yang boleh menyebabkan alahan) memasuki kulit dan bertindak balas dengan sel imun. Keadaan itu sekali gus memicu kepada keradangan,“ katanya.
Baca juga Keith Foo kongsi rahsia cegah ekzema
Alergi protein
Mengulas lanjut, Pau Lin berkata, kebanyakan pesakit ekzema mempunyai alergi kepada protein.
“Antara jenis protein yang sering dikaitkan dengan alergi ekzema adalah seperti telur, soya, gluten, kekacang, ikan dan susu lembu. Hal itu kerana badan golongan itu menganggap semua makanan tersebut adalah bendasing yang berbahaya kepada tubuh.
“Bagaimanapun, tidak semua individu mempunyai alahan terhadap kesemua protein yang disenaraikan. Mereka mungkin hanya alah kepada satu jenis makanan sahaja,“ terangnya.
Justeru, apakah pemakanan yang terbaik untuk penghidap penyakit berkenaan?
Pau Lin berkata, individu yang tergolong dalam dermatitis atopik misalnya, tidak perlu menghentikan pengambilan kesemua zat protein. Ini kerana tubuh badan juga memerlukan nutrisi berkenaan untuk memperbaiki sel, menguatkan sistem imun dan juga otot.
Baca juga Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah
“Jadi, mereka hanya perlu menghentikan pengambilan makanan yang menyebabkan alergi sahaja. Jika tak boleh makan telur, makan henti pengambilan telur sahaja,“ tuturnya.
Kepada SinarPlus, Pau Lin memberitahu, makanan antikeradangan adalah yang paling baik diamalkan.
Sehubungan itu, untuk memberhentikan jangkitan kuman pada kulit menjadi lebih serius, beliau menyenaraikan tujuh jenis makanan yang perlu dikurangkan, antaranya:
Pada masa sama, pakar pemakanan menyarankan kepada pesakit ekzema untuk mempraktikkan pemakanan suku-suku separuh. Ia terdiri daripada suku protein, suku karbohidrat dan separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Ambillah buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan E yang tinggi seperti kiwi dan jambu batu kerana kedua-duanya tergolong dalam makanan antiradang,“ ujarnya.
Makanan yang boleh mengurangkan keradangan pada pesakit ekzema:
Sumber https://dermindy.com/eczema-diet-tips-6-foods-to-eat-if-you-have-eczema/
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…
INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…
PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…
VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…
BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…
PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…