ACER baru-baru ini memperkenalkan varian komputer riba terbaharu, Predator Helios 300 SpatialLabs Edition.

Peranti berkenaan akan memberi pengalaman bermain tanpa cermin mata, stereoskopik tiga dimensi (3D) dan bakal membawa pengguna ke dalam permainan video tanpa sempadan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Acer Inc, Jerry Kao, menerusi pengenalan Predator Helios 300 SpatialLabs Edition dengan teknologi SpatialLabs, ia dijamin akan membuatkan para pengguna lebih teruja.

Baca juga Acer tawar pelitup muka versi Predator

“Menariknya lagi, aplikasi SpatialLabs TrueGame boleh menyokong lebih 50 permainan popular dan bakal menambah permainan video lain pada masa akan datang,” katanya.

Predator

Berikut beberapa perincian lain Predator Helios 300 SpatialLabs Edition:

i) Paparan daripada panel UHD 2D bersaiz 15.6 inci bersama lensa lenticular cecair kristal. Ia membentuk satu modul inovatif yang boleh diubah di antara pandangan 2D dan stereoskopik 3D.

ii) Mempunyai memori 32GB DDR5-4800 dan penstoran PCIe Gen 4 NVMe SSDs RAID 0.

iii) Disokong oleh minyak suhu bendalir besi dan teknologi CoolBoost Acer.

Baca juga 7 tip jaga bateri komputer riba agar tidak mudah rosak

Iklan

Selain komputer riba permainan video 3D, Acer turut mengumumkan Predator Triton 300 SE dengan desain lebih nipis, selain monitor Predator XB273K LV dan Acer Nitro XV272U RV baru-baru ini.

Predator

Predator Helios 300 SpatialLabs Edition ditawarkan pada harga bermula RM14,929, manakala untuk Predator Triton 300 SE (RM7,025).

Iklan

Sementara itu, monitor Predator XB273K LV dijual pada harga RM4,386 dan Acer Nitro XV272U RV pula(RM1,971).

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI