Mencuri perhatian dengan haruman, berikut senarai minyak wangi popular wajib ada

A
A
A

SETIAP bau memiliki ciri-ciri istimewa yang boleh menyerlahkan keperibadian.

Disebabkan itu, keputusan yang tepat perlu agar tidak tersalah pilih.

Memetik perkongsian Insider, pakar minyak wangi, Kalliope Amorphous, kesilapan dalam membuat pilihan berlaku kerana kekurangna pengetahuan.

"Cubaan wangian yang terlalu banyak dalam satu masa boleh mengakibat deria berasa letih. Oleh itu sifat sensitif atau rangsangan akan menjadi lemah dan wangian berat akan dirasakan ringan termasuk sebaliknya.

"Minyak wangi merupakan wangian yang berfungsi seperti nota muzik yang mampu memberikan struktur unik," katanya.

Antara ciri haruman adalah tahan lama atau cenderung cepat menghilang.

Terdapat banyak pilihan yang memukau dan berikut antara yang sering menjadi pilihan.

1. YSL Black Opium

Jenama: YSL

Harga: RM490 (90 mililiter)

Wangian ini memberikan ciri-ciri kelembutan dan feminin.

Gandingan kopi bersama bunga oren tentu sahaja membangkitkan rasa ditambah pula dengan wangian seakan manis.

Baunya yang sedikit padat sesuai untuk digayakan pada waktu malam.

2. Chanel Coco Mademoiselle

Jenama: Chanel

Harga: RM680 (100 mililiter)

Haruman yang menggoda dengan menampilkan ciri bunga. Dianggap sebagai berkilai dan berani, wangian ini kebiasaannya bertahan lebih lama dan bersifat klasik.

3. Miss Dior

Jenama: Dior

Harga: RM910 (150 mililiter)

Mewujudkan nuansa ketenangan dan menawan. Kelembutan baunya membuatkan persekitaran berasa nyaman.

Baunya juga boleh menaikkan semangant dan menambahkan keyakinan serta mencetuskan rasa gembira.

Wangian jutaan bau bunga ini tentunya merupakan pilihan yang tepat

4.Ralph Lauren Romance

Jenama: Ralph Lauren

Harga: RM425 (100 mililiter/Sephora)

Sesetengah berpandangan baunya agak kuat berbanding yang lain.

Pengaruh hormon seseorang turut mampu mendorong kerana tahap wangaian.

Menariknya, mereka yang memiliki kulit sedikit kering membuatkan wangian bertahan lebih lama.

5. Gucci Bloom

Jenama: Gucci

Harga: RM537 (100 mililiter/Sephora)

Wangian ini sesuai untuk dipakai pada waktu malam kerana tahap baunya yang kuat dan seksi.

Membangkitkan perasaan, minyak wangi dengan menampilkan wangian bunga ini tentu sahaja membuatkan penampilan anda menyerlah.

Ringkasnya, setiap kita memiliki cita rasa tersendiri dalam menentukan pilihan wangian.

Sebaiknya, buatlah piliha tepat dan sebaik mungkin jangan menghidu terlalu banyak minyak wangi dalam satu masa.

Beri masa buat minda dan deria untuk membuat keputusan dan mengenal pasti pilihan tepat.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca