BARANGKALI menjadi satu berita gembira buat peminat skuter elektrik apabila Xiaomi melancarkan fitur baharu yang bukan calang-calang.

Edisi Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team yang diperkenalkan baru-baru ini ternyata membawa aura luar biasa.

Masakan tidak, edisi istimewa Mi Electric Scooter Pro 2 tersebut sudah diuji pada Julai lalu selepas pelancaran Mi Electric Scooter Pro 2 dan Scooter 1S.

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1

Meskipun tidak mampu memecut seperti jentera F1, namun bagi peminat jenama Mercedes, mereka boleh memilikinya pada harga mampu milik.

Melalui maklumat yang dikongsikan mi.com, keluaran terbaharu itu memiliki spesifikasi canggih sama seperti Mi Electric Scooter Pro 2 dijual pada harga RM3,933 sahaja.

Apa yang menarik mengenai fitur baharu tersebut? Nah! Berikut ada perinciannya:

1. Skuter boleh lipat itu mampu menampung berat sehingga 75 kilogram (kg).

2. Dilengkapi dengan kapasiti bateri bersaiz 12,400 mAh dan mampu bergerak sejauh 45 kilometer (km) pada kelajuan maksimum 25km/jam.

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1

3. Tempoh cas penuh lapan hingga sembilan jam.

4. Skuter seberat 14.2kg itu mempunyai pilihan warna hitam, kelabu, hijau dan putih seperti tema rona AMG Petronas F1 Team.

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Team

5. Skuter yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan panjang 1.13 meter itu dilengkapi lampu depan serta reflektor pada bahagian belakang.

Iklan

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1
Bukan itu sahaja spesifikasi skuter mewah tersebut, ada beberapa lagi ciri keselamatan penting yang diutamakan Xiaomi untuk pelanggan.

Sebagai contoh, sistem brek yang canggih apabila dilengkapi dua jenis brek iaitu ventilated disc brake dan eABS regenerative anti-lock brake.

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1 Pada masa sama, ciri tayar yang digunakan bukan biasa-biasa kerana jenis pneumatik 8.5 shock yang berupaya menyerap hentakan demi keselesaan pengguna.

Menarik bukan? Skuter elektrik yang lengkap dengan paparan skrin LCD digital itu hanya dihubungkan secara Bluetooth sahaja.

Iklan

Bukan sahaja mudah untuk dikendalikan dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sebagai gajet untuk bersantai, tidak kurang juga digunakan untuk laluan di bandar besar.

Mi Electric Scooter Pro 2 Mercedes-AMG Petronas F1

SinarPlus difahamkan, jualan skuter elektrik edisi khas tersebut untuk pasaran tempatan masih belum dibuka lagi namun kita tunggu ya!

Mungkin boleh kumpul duit sikit demi sedikit untuk membeli skuter canggih itu memandangkan aktiviti berbasikal dan skuter sudah menjadi trend anak muda zaman sekarang.