PELANCARAN skuter maxi baharu, Modenas Elegan 250 versi ABS yang lebih moden dengan penampilan facelift nampaknya membuatkan ramai peminat jenama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) teruja.

Masakan tidak, selain harga yang ditawarkan bermula pada harga RM15, 315, skuter berdaya saing itu dikatakan memiliki pembaharuan yang cukup komprehensif dengan penjimatan minyak dan ciri keselamatan lebih baik.

Berkongsi berita gembira itu, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, sambutan ulang tahun ke-25 jenama nasional Modenas diraikan dengan kejutan baharu iaitu pelancaran produk yang lebih elegan.

modenas 250 ABS

modenas 250 ABS

“Sepanjang tempoh 25 tahun, Modenas menempuh pelbagai kejayaan dan cabaran termasuk wabak Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negara ini merupakan tempoh yang cukup mencabar buat Modenas.

“Pun begitu, demi bersama memutuskan jangkitan wabak Covid-19, kelainan pelancaran secara maya ini seiring normal baharu,” katanya sempena pelancaran secara maya melalui platform Facebook Modenas kelmarin.

Tambahnya, pihaknya optimis model terbaharu ini mampu memberikan pilihan buat pelanggan terutamanya untuk segmen skuter maxi dengan pembaharuan ciri yang lebih baik termasuk sistem ABS.

modenas 250 ABS

Apa itu sistem ABS? Sistem brek ini bertujuan untuk mengelakkan roda terkunci sendiri ketika membelok dan mengundang risiko tergelincir terutamanya pada jalan yang licin selepas hujan.

Spesifikasi sistem ABS Dual Channel iaitu di bahagian depan dan belakang menjadikan keselamatan pengguna lebih terjamin.

modenas 250 ABS

Apa yang menariknya, pelancaran Modenas Elegan 250 versi ABS itu didatangkan dengan tiga jejaka yang pakar dalam bidang permotoran iaitu Abang Gan, Japar dan Hezeri Samsuri untuk memperincikan inovasi baharu pada model yang mempunyai waranti dua tahun itu.

Iklan

Ketiga-tiga mereka memberikan rebiu yang mudah untuk difahami buat peminat jentera skuter maxi dari segi brek cakra, sistem ABS, warna dan kekemasan lampu hadapan jenis LED projektor dan lampu belakang dengan signatur X.

modenas 250 ABS

Apa yang best? Selain jimat minyak dengan enjin suntikan bahan api, empat lejang dan silinder tunggal, model yang value for money ini lebih praktikal dengan ruang simpanan lebih luas, siap ada lampu. Tidak perlulah meraba-raba dalam gelap.

Selain didatangkan dengan dua pilihan rona dinamik iaitu Satin Matte Red dan Satin Matter Black, tempat duduk skuter maxi ini juga lebih lebar dan luas dengan dua level berbeza memberi keselesaan kepada penumpang.

Iklan

modenas 250 ABS

modenas 250 ABS

Jangan bimbang jika telefon pintar kehabisan bateri kerana model sofistikated ini mempunya soket pengecas USB yang terletak di kotak simpan papan pemuka. Hebat, bukan? Paparan meter digital pun canggih, lengkap dengan peringatan penukaran minyak lagi.

Rekaan luaran yang lebih kurang sama dengan keluaran model terdahulu tetapi apa yang menarik perhatian adalah signatur X pada lampu belakang yang cukup elegan. Apa tunggu lagi? Jom usha di bilik pameran terdekat.