Motif flora dan percikan aura 1960-an. Koleksi PUMA X Liberty memang tak rugi kalau beli

MENARIK. Demikian ulasan SinarPlus terhadap koleksi terbaharu PUMA yang berkolaboratif dengan Liberty baru-baru ini.

Bermotifkan flora, mereka turut menyalurkan semangat individu pada era 1960-an ke atas setiap rekaan.

Bukan itu sahaja, ia adalah penghormatan dua jenama gergasi itu kepada deretan kedai bunga di Chelsea, London, United Kingdom.

Kerjasama itu tidak hanya memfokuskan kepada kasut seperti Teveris Nitro dan Slipstream, malah ia merangkumi pakaian dan aksesori untuk orang dewasa serta kanak-kanak.

BACA JUGA: PUMA tampil koleksi Hari Raya. Ranggi, klasik, selesa, longgar untuk mudahkan anda bergaya dan beraya

Iklan

BACA JUGA: Bonia lancar butik baharu di 1Utama, inspirasi daripada warna bumi. Beg, dompet, kasut hadir dengan desain ‘lebih muda’

Iklan

Kepada peminat PUMA khususnya, inilah masa untuk suai padankan koleksi PUMA X Liberty seperti jaket dan seluar pendek tenunan, seluar flared atau hoodie cropped mengikut gaya kesukaan sendiri.

Himpunan terbaharu berkenaan sudah boleh didapati sejak pertengahan bulan Mei di kedai-kedai utama PUMA atau menerusi laman web, www.PUMA.com.