Mudah, sihat dan ringkas. Bersahur dengan biskut Munchy's Oat Krunch perisa kurma
SAHUR sangat penting kepada kita yang berpuasa. Bersahur dengan cara yang betul mendatangkan banyak manfaat untuk badan.
Antaranya seperti menyokong metabolisme dan penghadaman yang sihat, mengurangkan rasa lapar, meningkatkan kecerdasan mental, membekalkan tenaga, mengekalkan jisim otot tanpa lemak dan banyak lagi.
Biasanya kalau bersahur, sebolehnya kita lebih suka hidangan yang cepat, sihat dan lazat. Paling penting boleh disediakan dalam masa 10 hingga 15 minit.
Justeru, Munchy’s, jenama biskut No 1 di Malaysia yang telah membuat biskut lazat selama lebih daripada 30 tahun mengesyorkan Munchy’s Oat Krunch.
Diperbuat daripada oat dan bahan-bahan lazat yang mengandungi serat, ia membantu kita untuk kekal kenyang sepanjang hari sambil mengekalkan tahap tenaga.
Berita baiknya, Munchy’s Oat Krunch tidak mempunyai lemak trans dan pengawet.
Khas untuk Ramadan kali ini, Munchy's Oat Krunch kini hadir dengan perisa kurma edisi terhad yang sedia untuk dimakan ketika sahur.
Semua orang sudah maklum, kurma terkenal sebagai sumber gula asli yang sangat baik yang membekalkan tenaga, serat dan mineral.
Untuk pengetahuan semua, Munchy's Oat Krunch juga boleh didapati dalam perisa coklat gelap, strawberi & blackcurrant, nutty coklat dan ketulan kacang hazel.
Biskut tersebut tersedia dalam paket individu dalam setiap pek, membuatkannya mudah untuk anda menikmatinya bersama keluarga atau secara sendiri.
Dalam pada itu, untuk terus menggembirakan pengguna dan meraikan lebaran, jenama itu turut menganjurkan peraduan Duit Raya Bersama Sahur Munchy’s Oat Krunch yang menawarkan duit raya bernilai hingga RM15,000.
Mudah sahaja, kongsi resipi sahur anda yang mudah tetapi lazat, dengan Munchy’s Oat Krunch sebagai ramuan di media sosial kalian.
50 resipi paling kreatif akan memenangi RM300 duit raya setiap satu!
Bagaimana untuk menyertai?
-Ikuti @munchys.my di Instagram.
-Siarkan video atau siri foto resipi sahur kreatif anda yang menggunakan Oat Krunch.
-Beritahu Munchy’s mengapa/bagaimana anda menggunakan Munchy’s Oat Krunch sebagai pilihan yang lebih sihat?
-Tag @munchys.my dan sertakan tanda pagar #MunchysMY #OatKrunchSahur
-Tetapkan akaun sebagai umum di halaman Instagram anda.
Biskut Munchy’s Oat Krunch Kurma (RM9.95, 390gram) boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, lihat laman web rasmi Munchy’s, http://www.munchys.com/ atau Instagram @munchys.my/.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang