Mudahnya buat daging masak merah macam kedai Thailand ni, ibu wajib cuba
Mudahnya buat daging masak merah macam kedai Thailand ni, ibu wajib cuba
BILA sebut pasal daging, kecur liur terbayangkan kesedapannya. Ada daging sup, bakar, tumis, kari dan pelbagai lagi.
Jadi, buat penggemar daging bolehlah cuba masak resipi daging yang mudah dan sedap iaitu daging masak merah ala kedai Thailand.
Kalau nak cepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batang pinang, tapi kalau tak ada, bahagian potongan yang lain pun ok.
Janji kita potong dengan cara yang betul (berlawanan urat) dan ia mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk merebus sehingga empuk.
Daging masak merah ni sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.
Bahan-bahannya;
- Daging direbus dengan sedikit pewarna merah hingga empuk dan dihiris nipis
- Bawang merah [Beli di sini]
- Bawang putih [Beli di sini]
- Cili kering dikisar [Beli di sini]
- Sos cili [Beli di sini]
- Sos tomato [Beli di sini]
Cuba juga Daging masak ‘ungkep’ sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan
- Sos tiram [Beli di sini]
- Sos ikan [Beli di sini]
- Lobak merah dipotong
- Buah tomato dipotong
- Bawang Holland dipotong [Beli di sini]
- Daun ketumbar dihiris
- Cili padi hijau dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering kisar dan semua sos sehingga naik bau.
2. Masukkan hirisan lobak merah, hirisan daging dan bawang Holland.
3. Setelah itu masukkan cili hijau dan buah tomato. Tunggu sehingga daging sebati dengan kuah dan gaul mesra.
4. Masukkan daun ketumbar, gaul dan siap untuk dihidang.
Cuba juga Daging goreng kunyit sedap macam kat kedai, letak ini masa masak baru best!
Selamat mencuba!
Sumber: Shamsila Abd Rahim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa juga dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang