DAGING masak ungkep mungkin asing bagi segelintir orang kita tetapi begitu popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Rasanya cukup menarik dan boleh diratah begitu saja.

Juadah daging ungkep dimasak dengan rempah ratus yang menjadikan hidangan lebih menyelerakan.

Cara memasaknya ringkas dan cepat, hanya seperti membuat daging goreng biasa.

Namun yang membezakannya adalah rempah ratus yang digunakan bagi menambah kenikmatan dan lazat daging ungkep itu.

Selain itu, daging ungkep juga sesuai buat ibu yang dalam pantang bersalin. Pun begitu, menu ini boleh diambil ketika minggu kedua atau ketiga berpantang.

Bukan saja lazat, ia mempunyai kebaikan dengan campuran bahan seperti ketumbar, halia dan kunyit yang bertindak menghangatkan tubuh.

Masakan jawa ini sangat mudah dimasak. Ia tidak memerlukan bahan-bahan yang susah. Rasanya lazat dan hampir menyamai masakan rendang. Ayuh cuba resipi ini untuk merasai keenakannya.

Cuba juga Tak perlu beli di luar lagi, cuba resipi Ikan Bakar Siakap Ala Perlis yang senang sangat nak buat

Daging masak ungkep sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan

Bahan-bahannya;

  • Daging yang direbus
  • 1 batang serai
  • Sedikit air asam jawa

Bahan dikisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu ketumbar ( dah direndam )
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit air rebusan daging

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak, masukkan serai. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga sedikit kering.

Iklan

2. Masukkan daging, dah nampak kering, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula.

Cuba juga Spaghetti sardin ‘kena’ selera orang kita, mudah sahaja buat di rumah

3. Masak lagi sehingga betul-betul kering. Selepas itu, hiris sebiji bawang besar dan taburkan ke atas daging.

4. Biarkan selama tiga minit dan siap!

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Nurasykin Ali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.