KESEDAPAN kek coklat memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sejak dulu hingga sekarang pemanis mulut itu amat digemari oleh segenap lapisan umur.

Jika ada yang runsing untuk membuat kek terpaksa menggunakan mixer, whisker dan segala bagai, tapi untuk juadah ini, guna pengisar atau blender biasa pun boleh.

Itu kongsi tuan punya resipi menggunakan nama Pakcu Kek di media sosial ini.

“Selain mudah menjadi, korang boleh jugak buat jual lepas habis PKP kan, jadikan sumber pendapatan,” katanya.

Coklat moist flood melting nutella

Bahan-bahan A:
4 biji telur
1 cawan gula
1sk emolco coklat
1 cawan susu pekat
3 sb nutella

Kisar kesemuanya sebati. Tambahkan,
1 cawan minyak masak
blend lagi

Di besen lain, ayakkan B:
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan 1/2 serbuk koko (resipi ni memang rich rasa coklat ye)
1sk baking powder
sedikit garam halus
1sk soda bikar bonat

Iklan

– Ayak rata. Tuang bahan A dalam bahan B, kacau rata
– Tambah 1/2 cawan air panas kacau rata
– Kukus 15-20 minit. Tengaok besar mana bekas kalau nak kukus di loyang. – 40 minit dah siap potong-potong dan masukkan bekas paper food tu ya

Ganace nya disediakan awal-awal pun elok juga
500g milk compound
1 cawan whiping dairy
1sb butter/ marjerin
Double boil atau masukkan dalam oven atau pengukus
– Kacau dan tambah 2 sb nutella. Kacau lagi
– Biar ia pekat sekejap
– Dah nampk likat baru tuang atas kek tadi
– Parutkan coklat blok diatasnya. Boleh makan, dah sedapp sangat

Iklan

Artikel berkaitan: Kek pelangi kukus, lembap, mudah dan sedap macam ‘adik’ kek lapis

Selamat mencuba!

Kredit: Pakcu Kek