APABILA sebut sahaja tentang ‘muffin’ tentunya kita terbayangkan menu manis seperti coklat, vanila, straberi dan sebagainya.

Namun kali ini SinarPlus tampilkan satu resipi yang agak berbeza iaitu ‘muffin’ telur yang sudah tentunya menu sihat. Sangat sesuai untuk yang sedang diet.

Dengan kombinasi keju, lobak, timun dan lada benggala serta telur, inilah resipi yang mudah dan lazat.

Jom cuba buat sendiri di rumah.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur gred B
  • 2 keping keju – Boleh guna Cheesedale
  • 1/2 batang lobak – dipotong kecil
  • Sedikit timun – dipotong kecil
  • Sedikit lada benggala – dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam

Cuba juga Sotong goreng kunyit pembuka selera, lazat dan mudah

Cara Penyediaan:

1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.

2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.

3. Taburkan sedikit kepingan keju ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.

Iklan

4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.

5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)

6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.

Iklan

7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.