Nampak sama tapi bukan dia, wajib cuba resipi Biskut Choc Chip ala Famous Amos

biskut choc chip
biskut choc chip
A
A
A

RASA tak cukup sekiranya hanya dua atau tiga jenis biskut sahaja yang disajikan pada hari raya kelak.

Pasti ramai sanak-saudara datang menziarah memandangkan tahun ini merupakan raya pertama tanpa sekatan selepas pandemik Covid-19 melanda negara. 

Usah risau, sekiranya tidak mempunyai idea untuk membuat biskut, SinarPlus pada kali ini akan berkongsi satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan.

Terima kasih kepada pengguna Facebook Rosmaliza Omar kerana berkongsi resipi biskut choc chip ala famous amos. 

Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan 

  • 250g mentega
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak/minyak jagung
  • 2 cawan cip coklat

Baca juga: Berbuka Bersama Nan Gua Bing, Kuih Tradisional Cina Wajib Dicuba

Cara penyediaan

1. Masukkan mentega, gula perang, esen vanilla dan telur ke dalam satu bekas kemudian kacau sehingga sebati. 

2. Seterusnya, masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan minyak jagung kemudian kacau sehingga adunan sebati. 

3. Apabila adunan sudah sebati, masukkan cip coklat dan kacau sehingga mengenai keseluruhan adunan. 

4. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

5. Keluarkan dan sudukan adunan ke atas loyang pembakar.

6. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah celsius atau mengikut suhu ketuhar masing-masing dan gunakan tetapi api atas bawah.

Setelah ia masak, siap untuk dihidangkan!

Menurut Rozmaliza Omar, pastikan setiap adunan yang disudukan di atas loyang pembakar mempunyai jarak antara satu sama lain kerana biskut akan mengembang apabila dibakar. 

Haa… mudahkan resipi biskut choc chip ala famous amos ini?

Selamat mencuba!

Kredit foto: Rozmaliza Omar

Baca juga: Mudahnya Buat Biskut Sarang Semut, Hanya 8 Langkah

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca